Showing posts with label amalan di bulan zulhijjah. Show all posts
Showing posts with label amalan di bulan zulhijjah. Show all posts

Monday, October 22, 2012

KELEBIHAN BERPUASA 1 - 9 DZULHIJJAH



Salah satu cara yang telah di anjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah hadis yang telah di riwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

     Hari                                                                                                 kelebihannya

1 Zulhijjah     Kesalahan Nabi Adam di ampuni Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu, di ampuni Allah akan dosanya.

2 Zulhijjah  Doa Nabi Yunus di perkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan ia tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 Zulhijjah  Doa Nabi Zakaria di perkenankan Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu, di perkenankan Allah segala doanya.

4 Zulhijjah     Nabi Isa a.s telah di lahirkan, barangsiapa berpuasa pada hari itu, terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang2 yang terhormat.

5 Zulhijjah    Nabi Musa a.s di lahirkan, barangsiapa berpuasa pada hari itu, terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 Zulhijjah   Allah membuka pintu kebajikan bagi Nabi-nabiNya. Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan di pandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 Zulhijjah   Pintu neraka jahanam akan dikunci dan di buka semula lewat 10 Zulhijjah. Barangsiapa berpuasa pada hari itu, di kuncikan oleh Allah baginya 30 pintu kesulitan dan di bukakan 30 pintu kesenangan.

8 Zulhijjah    Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari Syaitan. Hari itu telah di namakan dengan Hari ’Tarwiya’ (hari berfikir-fikir). Barangsiapa berpuasa pada hari itu, ia akan di beri Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 Zulhijjah     Turun ayat terakhir kepada Rasulullah saw yg tersebut dalam Surah Al-Ma’idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini di turunkan iaitu pada Hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika nabi Wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya, bukan dari syaitan. Justeru hari itu di namakan ‘Hari Arafah’ (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan di ampunkan dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

10 Zulhijjah  adalah hari raya Aidul Adha (korban) di namakan juga hari “Nahar” (menyembelih). Barangsiapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan di ampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarga. Barangsiapa yang bersedekah pada hari itu, maka ia akan di bangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yg terdapat di Madinah.



Wallahu’alam..

SELAMAT BERAMAL DAN BERPUASA SAHABAT !! ^_^ <3

Sumber : murobbiah ;)

Sunday, October 21, 2012

amalan 10 hari pertama zulhijjah

Assalamualaikum Wrt Wbt
Salam Zulhijjah!
 
Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya):
“Setiap ruas sendi manusia wajib memberi sedekah pada setiap hari apabila terbit matahari. Mendamaikan antara dua orang (yang bertelagah) satu sedekah, membantu seseorang menaiki kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya satu sedekah, kata-kata yang baik satu sedekah, setiap satu langkah ke tempat solat satu sedekah, membuang kotoran di jalan satu sedekah.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Sehubungan dengan apa yang disebut oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam dalam hadis di atas, Abu Dzar bertanya baginda, “Kalau saya tidak buat semua itu?”
 
Apa jawapan Nabi?
 
Baginda menjawab: “Engkau menolong orang yang sedang bekerja, atau membantu orang yang tidak mahir dalam pekerjaannya.”
 
Abu Dzar tidak berhenti di situ. Dia terfikir tentang golongan yang tidak punya apa-apa, baik harta, tenaga mahupun kepandaian, maka apa yang boleh dia lakukan? “Bagaimana ya Rasulullah, mereka yang tidak ada kebolehan untuk melakukan apa-apa amalan?”
 
Namun Nabi sallallahu alaihi wasallam berpandangan lebih luas daripada itu. Lalu baginda menjawab: “Engkau menahan dirimu daripada melakukan kejahatan terhadap manusia. Sesungguhnya itu adalah satu sedekah daripada dirimu untuk dirimu!”
Hadis di atas juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
 
Alangkah luasnya ruang amal soleh dan alangkah banyak pintu-pintunya. Tidak perlu berebut dan berasak-asak untuk memasukinya. Di mana-mana dan pada bila-bila masa amal soleh menanti kita.
 
Bermula di dalam rumah, suami memuliakan isteri, isteri menghormati suami. Ibu bapa mengasihi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa.
 
Di jalan raya bersopan dan patuhi undang-undang. Di tempat letak kereta, letak dengan baik dan tidak menghalangi laluan orang lain.
 
Di tempat kerja tunaikan hak pelanggan, majikan menjaga kebajikan perkerja, pekerja menjalankan tugas dengan amanah.
 
Di sekolah guru-guru dihormati, murid-murid disantuni.
 
Pengamal media tidak menyiarkan berita palsu, berita fitnah, berita yang mengaibkan.
...dan lain-lain lagi.
 
Sesungguhnya 10 hari daripada Zulhijjah akan datang dan pergi sebagaimana hari-hari yang lain juga. Inilah masanya untuk kita semua berebut dan berlumba-lumba mengislahkan amal agar menjadi amal soleh yang paling disukai Allah.
Selamat beramal soleh.
 
Sumber:  
 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...