Showing posts with label meh nk story sket. Show all posts
Showing posts with label meh nk story sket. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

kenangan terindah NUQABA' TRAINING CAMP 10-12 JUNE 2013

dengan nama Allah, Yang Maha PEngasih, Maha PEnyayang...

sangat indah kisah di sebalik camp ni.
Alhamdulillah.
selamat semuanya.. selesai semua urusan dgn baik dan jayanya.
walau ade yg tidak sempurna.
tapi segalanya terkabur dgn budi dan jasa..
Allahu Rabbi..byk sgt ibrahnya dari cerita yg Kau nukil ini..
meski kau datangkan ujian yg berat pada hatiku...
dekatkan aku dengan sesuatu yang aku cuba jauhi..
dgn itu aku lebih berani diri..
mula belajar utk berlapang dada dan berani berhadapan dgn apa jua situasi.
ya..tidak dinafikan aku malu sertai camping bersama lawan jantina.
tapi aku tahu itu sebagai psediaan utkku melangkah kluar nanti..
ya..lebih2 lagi jika jadi pendidik.
tidak dapat tidak...student juga terdiri daripada lawan jantina..
selama mana mahu bersembunyi dan mjauhkan diri..
kadang diri perlu begitu..kadang perlu juga cuba menjadi sesuatu.
yg pasti, jadi sumthing yg osem..ya naqibah osem..comel sungguh akhowat..hii

sebenarnya penat ni baru sampai je uia jam kurang lebih 11pm tadi..masih bermain2 lagi di fikiran segala apa yg ditanam dlm kepala n hati ni.. Alhamdulillah...sgt byk apa yg diperoleh melalui camp selam 3 hari ni.. sgt seronok, terharu, mencabar, menguji hati, gembira, sedih, n macam2 lagi la perasaan yg hadir selama progrem berlngsung...SubhanaAllah.. sungguh rasa ini hanya diriMu yang Maha Tahu.. terimakasih..syukur pada Allah atas anugerah yg tak terhingga..memberi peluang utkku terus bersama dan dikelilingi orang2 yg baik..dan sgt hebat..Allah..Allah..Allah.. kadang terasa diri ini sgt kecil berbanding mereka..huuuuuuu aku suka duk belakang tabir je...tapi lam pogrem tu 2 kali gak la kena naik stage..malu betul..hmmm...sabar je.

ok esok la sambung tulis...sekrg penat n nak lepas rindu pada bilik di uia ni.. alhamdulillah..sampai je uia dpt msj dari anak usrah..mlm esok nak buat baca yasin n tahlil..kena conduct mjlis tu..sebelum ni xpenah lagi nk kena handle mjlis tahlil..huu insyaALLAH.. moga2 Allah permudahkan segala urusan.. memang hakikat sesiapa saja yg bergiat dalam bidang dakwah, percayalah kadang masa yg Allah berikan padamu, adanya hak org lain atas waktu itu... Allahu Rabbi.. permudahkanlah..amin...

bersambung........





point2 yg insyaAllah akn d sambung berkaitan kem ni,byk ibrah, tulis dulu takut lupa.,.heee :-

sudah ketentuannya, bertemu berpisah kerana Allah, ibrah dari aktiviti, jungle trekking, mandi sungai, peringatan dari sorg hamba Allah, tawakal, naqibah osem, penyelamat, ketua yang baik, berukhuwah kerana Allah, mencintai saudara yg lain, berbeda tapi sama, berpesan2, amanah, jujur, ikhlas, 7wonders, cabaran ujian dan dugaan, PACAT vs KUCING, ikhwah/akhowat militan, Nur&yakin, murobbi hatiku, peranan seorg kakak, teguran dan tangisan, life is a test!, presentation skills, seni itu indah, dikir, pantun,drama,etc.....APA YANG PENTING?? KERJASAMAAA~~ ^_^


OK WASSALAM..

p/s: mimi, jgn lupa ambik gamba pogrem ngan kakshaz...huhuuu peringatan tuk diri sendiri..

Monday, May 20, 2013

ORANG GILA?? kisah ni mmg basah T_T

 
Ku Sangka Orang Gila

 ......26 May 2011.....
 
 
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)
 
 
p/s; siyes nangis terus baca ni...teringat pakcik aku pnah jumpa dulu.. T_T



Wednesday, May 01, 2013

seakan mimpiku...PULANG TIKA WALIMAH~

assalamualaikum..wrt wbt..
juz nak share satu cerita sedih..n memberi inspirasi pada diri..
pernah juga mimpi macam ni..seakan-akan begini...
sedih campur gembira...
selamat membaca..
sila sediakan tisu..bagi yg hati tisu tu..huhuu
k SAS----Semoga Allah Sayang.. T_T


dan ini kisah benar...


PENGANTIN KEMBALI KE RAHMATULLAH DI SAAT SUJUD...

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!


Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

ps: Buat adik-adik bakal pengantin, walau sehebat mana sekalipun majlis perkahwinan anda, walau secantik mana sekalipun dandanan anda, jangan tingal Solat apabila tiba waktunya...

Biarlah kita tidak hebat dan tidak cantik dimata manusia tapi hebat dan cantik disisi Allah...




cukuplah Allah untuk ku...hidup matiku...

Sunday, February 24, 2013

Perompak Masuk Islam Semasa Merompak

perkongsian dri akhowat =')
 
"Senyuman syed Qutb ketika berhadapan dengan tali gantung meluluhkan hati  orang yang mengiringi beliau dan ditugaskan untuk menggantung beliau, hingga selepas kesyahidan itu, hati itu segera luluh di hadapan cahaya islam..." Tarbawi

Hakikat pesona insan beriman.....Allahu Ya allah......

Perompak Masuk Islam Semasa Merompak


Ini kisah nyata dan terjadi di Amerika. Seorang pemilik kedai yang sedang menjaga kedainya masuk dalam tajuk utama pemberitaan di berbagai media masa dan elektronik setelah pertemuan tidak terduga dengan seorang perompak yang bersenjatakan pemukul baseball masuk ke kedainya. Uniknya, dalam kejadian tersebut si perompak kemudian akhirnya masuk Islam ditangan si pemilik kedai tersebut.

Muhammad Sohail, 47, kala itu tengah bersiap untuk menutup kedainya tepat pada tengah malam ketika tiba-tiba – “terlihat dalam kamera CCTV/pengawas” – ada seorang lelaki yang datang menghampirinya dengan membawa tongkat pemukul baseball dan meminta Sohail untuk menyerahkan sejumlah wang.
Tidak mahu tunduk kepada penjahat tersebut, Sohail langsung meraih senapang shotgun yang diletakkan dibawah lacinya. Merasa kalah dalam hal senjata, lelaki bertopeng tersebut langsung kehilangan akal, seketika itu dia menjatuhkan tongkat pemukulnya ke tanah dan berlutut memohon ampun sambil menangis.

Perompak tersebut mengatakan bahawa dia terpaksa merompak untuk memenuhi keperluan keluarganya yang tengah kelaparan.

“Tolong jangan panggil polis, jangan tembak saya. Saya tidak punya wang, saya tidak punya makanan di rumah saya,” tutur Sohail menirukan kata-kata perompak tersebut. “Dia menangis tersedu-sedu seperti seorang bayi kecil,” tambah Sohail.

Tidak seperti kebanyakan warga kulit putih AS lainnya yang langsung memanggil polis jika berada dalam situasi yang seperti itu, pemilik kedai justeru membuka dompetnya lalu mengulurkan wang tunai sebanyak $40 berikut sebungkus roti, namun dengan satu syarat, lelaki tersebut harus berhenti sama sekali tidak pernah lagi akan merampok.

Seraya memberikan wang Suhail berkata, “Pulanglah.,kembalilah kepada keluargamu!. Terlihat saat menerima wang $40 tersebut, si perompak kelihatan sangat terkesima.” Perompak itu terpegun atas wang yang ia terima kemudian secara tidak terduga ia mengatakan kepada Suhail bahwa dia ingin menjadi seorang Muslim seperti Suhail.

Suhail dengan disertai rasa takjub kembali berkata, “Apakah kamu serius dengan ucapanmu itu?”


Si perompak dengan yakin menjawab, “Ya. Saya ingin menjadi muslim sepertimu..!”

Sohail menuturkan bahwa dirinya kemudian meminta perompak tersebut untuk ikut mengucapkan dua kalimat syahadat seperti yang dia ucapkan sembari mengangkat sebelah tangannya, kemudian keadaan tersebut diakhiri dengan berjabatan tangannya.

Kemudian Suhail berkata. “Tunggulah di sini sebentar, saya akan ke belakang mencarikan sesuatu untuk anda mungkin terdapat susu di belakang yang juga boleh anda bawa pulang.” Namun ketika Sohail kembali, sang perampok sudah meninggalkan kedai.

Setelah beberapa bulan kemudian, sang perompak mengirim surat kepada Suhail dan di dalam surat berisi wang 40 Dollar dengan maksud mengembalikan wang yang telah diberikan Suhail sewaktu dirampoknya.

Isi judul surat itu menyebut “Your Change My Life”, Maksudnya bahwa Suhail telah mengubah hidupnya. Walau pada kenyataannya, Suhail tak pernah tahu dan mengenal siapa lelaki yang telah merampoknya itu.

Di akhir Surat, perompak itu mengakhiri coretan suratnya dengan “by Your Muslim Brothers” (dari Saudara Semuslim Anda), 


p/s: cerita ini sgt comeyl =) 


Tuesday, November 06, 2012

PURDAH bukan PENGHALANG II


Assalamu'alaikum wrt wbt...

ramainya yg bertanya.. 

awak tak rimas ke pakai niqab? 
tak panas ke tutup semua macam ni? sy yg tengok pun rasa panas..
Boleh ke Belajar or kerja pakai purdah? tak menyusahkan ke?
nak makan macam mana? 
kenapa susahkan diri sendiri..kan tak wajib tutup muka... 

mungkin benar ia tak wajib untuk mu.. tapi aku tau aku perlu memakainya... tolong jangan halang orang lain yg nak ikut sunnah.. sebelum berkata-kata, lebih baik berfikir dahulu.. banyakkan membaca dan tambah ilmu... maaf jika ia membebankan penglihatan kalian, tapi Demi Allah, diri ini tak pernah rasa niqab ni satu BEBAN! dan aku akan buktikan.. noktah...
 
sahabat2 fillah... betul ke purdah ni membebankan? bagi saya ia satu cabaran pada diri.. cabaran utk uji diri sendiri.. kita mampu buat jika kita mahu.. dan kita tahu... carilah YAKIN di hatimu.. insyaAllah jika benar niatmu kerana Allah.. pasti kau kan temui keindahan dan kemanisan di sebalik hijab yg membalut tubuhmu... kat bwh ni cerita sy dgn niqab sy.. moga jadi penguat pada niqabis semua utk terus istiqamah.. panas di dunia jauh lebih baik drpd panas di akhirat..

 ..............................................................

ALHAMDULILLAH..PURDAH BUKAN PENGHALANG...hee ye memang betul..purdah bukan lah satu penghalang bagi sy untuk belajar n melakukan kerja2 di luar rumah or university tmpat sy belajar..masa degree dulu,sy masuk workshop n lab pakai niqab gak,bjubah n btudung labuh..masa tu awal 2011.. syukur la lecturer2 sy pun semuanya tak mempertikaikan apa yg sy nak pakai..maybe sbb diorang tau sy ni jenis degil n xmakan saman..kalau suruh buang pun,sy xkan buang sbb sy buat apa yg Allah suruh..kalau di halang untuk berniqab n menutup aurat, kenapa tak dihalang student yg mendedahkan aurat? Betol tak? Hee ^^ it’s my right..freedom to choose!

Masa tgh buat thesis degree pulak,site study sy di KL n area2 Manjung Perak.. sepanjang trip n keje2 tuk research mmg sy berniqab.. sy pegi n deal dengan staf muzium negara,muzium beruas, pasir salak historical complex, hospital manjung, balai polis segari, manjung coal-fired power plant,resident and tok sidang kt segari perak..mcm2 org yg sy kena interview n jumpa utk ask permission to do sampling at those sites.. daripada ketua penyelidik jabatan muzium negara,curator,museum assistant, pak guard, doktor, nurse, inspektor polis, sarjan, penghulu n macam2 org lagi..semuanya dgn secebis kain kecil menutupi wjh..hee sy hepi sgt sbb mereka semua ok je ngan sy n baik sgt layan kerenah sy yg mcm2 ni.. XD

And till now..alhamdulillah again n again sbb dgn keizinan Allah juga sy mampu berniqab during my master prgrme.. research utk master sy pun hampir siap..mybe thn dpan insyaAllah sy grad lagi skali..hee so far,kt semua class sy pakai niqab n tiap kali presentation pun sy pakai..berniqab jugak masa present paper research at International conference in universal design (ICUDBE) di uia.. alhamdulillah lagi, kawan sy yg buat master sama2 pun da berniqab jugak..yeay! ade gang! Kitorang pegi present paper at ASEAN conference di bangkok Thailand pun dgn niqab..hepiii!! XD <3 kita masih boleh bercakap kan wlpun xnampak muka? ;) thank U ALLAH! <3
“i am a niqabi. Means, i wear niqab/purdah or put on veil. Hopefully i can wear niqab while presenting the paper at the conference since i did wear it before at another conference. Thank you.” à ni la ayat lam borang as a special request masa conference kt bangkok tu..hee grammar berterabur.. ;P

Lagi..aktiviti2 lain..bykla yg sy buat dgn niqab tutup muka..pnah jungle trekking kt FRIM pakai niqab thn ni masa accompanied student lam grup research same sbb dia punya pilot study kt situ..haa sy mmg lasak pun..maklumla budak artdesign kan dulu... ;P lgpun mmg aktif sjak skolah smua sukan sy masuk,pnjat2 bukit tu small the matter la..haa.. ngan akhwt pun pnah jungle trekg di ulu yam..siap ujan lebat lagi kat atas bukit tu,.sebab Allah syg kami, tiada kemalangan ape2 yg berlaku..huu mmg best la.. akhowat mesti la kena lasak baru boleh jadi serikandi or mujaheedah nanti.. aminn.. aminn.. insyaAllah! ;) 

masa praktikal pun pakai niqab di ofis wlpun mula2 diorg xkasi..hee pastu sy gtaw la yg sy da istikharah n sy mmg kna pakai..diorg pun redho je la..haa lpas raya baru2 ni pun sy berniqab jugak ajar budak2 pra di sekolah kakak mengajar, seminggu jugak la jadi cikgu volunteer..alhamdulillah cikgu2 kat situ baik je n guru besar dia pun xkesah sy masuk sekolah diorg.. guru besar sekolah tu kakak ipar rector baru UIA kot..haaa kebetulan... ape2 pun sy buat2 rilek cool fever je.. skrg diorg plak yg tnya kakak sy bila sy nk gi lagi sekolah tu..haa tengokkk... Allah Maha Penyayang kan?! Yeay! XD 

 SAHAJA AKU BERNIQAB KERANA ALLAH ! <3
gambar ni bukan tujuan utk mpamerkan diri tapi sbgai bukti yg purdah tu tak pernah menghalang saya dalam pelajaran saya, kerja dan kehidupan seharian saya..moga ALLAH mengampuni sy andai meletakkan gambar ini akn mengundang dosa.. moga di jauhi.. ameen..

cukuplah hanya kepada Allah aku berserah diri

~TUHAN CINTA AGUNGKU~

P/S: gmbar ni HARAM di 'save as', 'copy paste' n yg sewaktu dgnnya... harap maklum.. TQ moga Allah merahmati kita semua ;) wassalam... <3

Wednesday, March 28, 2012

Wanita Tua Yang Berbicara Hanya Menggunakan Ayat-ayat Al-Qur’an


Berkata Abdullah bin Mubarak Rahimahullahu Ta’ala :

Saya berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah saw. Ketika saya berada disuatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian hitam yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa minit.

Dalam dialog tersebut wanita tua itu, setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an. Walaupun jawapannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Abdullah : “Assalamu’alaikum warahmatu Allahiwabarakaatuh.”

Wanita tua :

Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 56)

Abdullah : Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?”

Wanita tua :

Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya. (Al-A’raaf 186)

Dengan jawaban ini, maka tahulah saya, bahwa ia tersesat jalan.

Friday, April 22, 2011

PURDAH bukan penghalang

Purdah atau niqab xpernah menghalangku tuk terus mencapai cita2..
berniqab xpernah mnyusahkan
berniqab xpernah membebankan..
berniqab menjauhkan aku dari melakukan maksiat padaNya
berniqab mngajar aku erti hidup sebenar..
mnjaga diriku dari melanggar bts2 syariat...
niqab mendidikku jadi seorg wanita..
yg sebetulnya wajib pelihara maruah diri..
mgajarku mjga tingkahlaku...
mendidikku menjaga bait bicara..
mngajar cara utk menghormati...
berdikari...lebih berani...yakin...tabah..sabar...
menyayangi...dan mengasihi semua makhluk ciptaanNya..
niqab memudahkanku berkomunikasi dgn semua org...
tanpa segan tanpa malu tuk bertegur sapa sesama muslim..
mngjar aku tuk selalu memaafkan smua org..
meringankan tgn membantu yg memerlukan..
mendekatkan ku dgn akhawat2 yg sama impian dgnku..
mngajarku memberi salam pada semua wlu xpnah mngenali...
walau senyumku terselindung di balik nya..
namun senyuman ku sering dibalas..
Allah...
aku sgt mnyenangi keadaan ini...

jgn pernah kata niqab ni mnyusahkan si pemakai..
kamu xalami apa yg kami alami..
mungkin itu hnya yg kamu nmpak di luar...
'susahnya kamu nk makan'
'xrimas ke pakai mcm ni?'
'mcmana nk buat kerja pakai mcm ni?'

moga stelah aku menamatkan sem akhir yg byk kerja2 yg memerlukan aku ke site,study trip, keje lab, presentation, projek, masuk workshop, degree show n sbgainya ni dapt membuktikan purdah bukan penghalang pada cita2...malah cita2 semakin tinggi...akanku buktikan pada kedua ibubapaku yg aku bisa capai n berikan apa yg mereka harapkan..insyaAllah...niat yg ikhlas Allah akan bantu...aku mahu apa yg aku lakukan mjadi motivasi pada anak2ku kelak..kerna aku mahu lahirkan generasi yg memanjangkan sunah ini.. yg tidak takut n lari bila melihat wnita berniqab..aku sgt sedih dgn keadaan ni..ni la yg terjadi bila quran n sunnah tidak mjadi keutamaan...alhamdulillah sudah terkesan pada adik2 akhawat tersayang... moga kita smua istiqamah niqabis..purdah...pakaian isteri2 para anbia'....ya..itu impianku...memanjangkan sunnah ini...moga Allah sentiasa membantu,..amin..

alhamdulillah...tamat sudah kehidupan studio yg dikongsi 4 tahun..
Allah...aku sgt mnyintai mereka semua,,,
moga mereka semua mncapai segala impian mereka..
dan hidup dlm redhaMu...amin...
merindui mereka semua..itu satu kepastian...
moga aku kuat tanpa mereka....

perjuangan masih belum selesai....

 purdah bukan penghalang
hanya perlu yakin dan berani
kamu bisa lakukan apa saja dgn izin dariNYA
hidup ini indah bila semuanya meyakinkan =)

memori terakhir sbgai budak2 studio..sob3

xsemestinya bertudung labuh n berniqab xboleh jadi budak2 AD,,huhu
kami pakai tudung labuh n niqab masuk workshop xde kena saman pon..heeeee
alhamdulillah...
setelah lama mnyimpan impian tuk menyarungkan pakaian sunnah isteri Nabi...
akhirnya Allah izinkan jua ia mjadi realiti...
moga istiqamah..
insyaAllah...


love AAD BATCH 4 !!

MOGA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT

~tamat sebuah kisah~

~kisah baru menyusul nanti~

.......................

.......

Thursday, March 10, 2011

dia buat ku berfikir - kura2 & itik

setelah baca cerita itik dan kura-kura, dia mnmbahkn lgi apa yg kufikir ttgnya.. hampir kulupa jalan ceritanya kerna seingatku masa sekolah rendah saja cikgu2 bercerita kisah2 haiwan ni..hmm..satu sifat yg perlu ada pada semua orang..rendah diri..yer..walau tinggi mana pon kedudukan kita di dunia ni..perlu di ingat, masih ada yg lagi tinggi..Yang Maha Tinggi...hanya Dia...jngan pernah tersungkur dek kerana pujian drpd org sekeliling.. dia buat ku berfikir..mnyedarkanku juga..walau xterucap..kufahami yg tsirat..terima kasih..=)

 *source : iluvislam

Aku menyesal kawin...

by seorg hamba Allah on Wednesday, March 9, 2011 at 10:40am
231040.9.3_u



Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!

(Ini cerita tade kaitan ngan penulis okeh. Penulis masih seorang yang selekeh)



p/s : huhu...best sgt2 citer nih..alangkah indahnya jika mmg ade lelaki yg tahu mghargai isteri..mngerti ape yg dibuat isteri adalah utk kbaikan si suami..utk kbaikan n kbahagiaan bersama di dunia n akhirat,,terima kasih penulis untuk cerita kura2 n itik tu..=)

Tuesday, March 01, 2011

Pengajaran Dari Kisah Nabi Musa dengan wanita penzina



Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan- pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia Berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.”jawab wanita cantik. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya… telah berzina.

“Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun…lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… mati,” ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Nabi Musa memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata “sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan” (H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan : “Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”

Al-Ghazzali berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.”

Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami: Berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah. Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubuilaiik.






Wednesday, December 15, 2010

KisAh seorang ninja girl (1)

Ninja girl – siti – bukan nama sebenar

Perjalanan kisah hidup seorang siti...penuh liku...onak...duri...cabaran...ujian.. halangan...sindiran... tohmahan..berhadapan dengan umpat keji makhluk2 yg berpenyakit hati di sekelilingnya...kata2 hinaan.. pujian bersulam ejekan...fitnah..tuduhan xberasas...semua itu sudah menjadi makanan santapan hariannya sejak hijrahnya...perubahan besar dlm hidupnya yg xpernah tersangka n terpikir...DARIPADA...seorng pemaksiat..hamba yg fasik..hidup tanpa pegangan agama..tanpa rasa diri dilihat ALLAH...hati yang gelap membeku dan terhijab...hitam...berdebu..kesat..membatu...mati.. penuh sifat2 keji dan hina..sombong..ujub diri..pantang ditegur..tabaruj..penggoyah iman kaum adam..pendendam..panas baran..degil..ego yg melampau..emosi..hasad..pemusuh..negatif...gelap... KEPADA...seorang hamba yang dhaif dan fakir..miskin...kecil lagi kerdil..hina...yg sentiasa menagih cinta,kasih,perhatian,hidayah,cahaya,belas kasihan, pngampunan dan ilmu2 daripada Penciptanya YANG AHAD...

Semangat-semangat dan kata-kata peransang dari makhluk2 yg bernama manusia..

‘’join al-qaeda ke skrg??’’..nada gurauan..dari awal siti sudah mengagak semua ni akan berlaku...
‘’eh macam ninja lah..hahaha!’’ mereka gelak..siti boleh terima..sbb family siti juga pernah berkata begitu...
‘’ni ikut trend ke ape ni?’’ nada bangga dalam gelak tawa..siti hnya diam dan berlalu...
‘’ala..nak jadi org arab la plak..’’ tanpa rasa bersalah mghina pakaian cth dari para aulia..gelak lagi..
‘’eh nape bleh jadi mcm ni?? ni sedar ke xsedar nih??’’ dlm nada seolah siti baru je ikut ayah pin..
‘’eh kenapa pakai macam ni? Nak kawin ngan ustad mane ni? “ nada yakin tekaannya btol..siti hanya mampu gelak kecil menahan hiba..
‘’ooohh..dia baru lepas kene tinggal ngan pakwe die la tuh’’ nada yg sgt yakin...siti buat2 pekak
‘’ade orang masuk mintak ni..sbb tu pakai camni.’’...juga yakin statement yg dibuat tepat..
''haaa...ni mesti jadi pape ni...hehe'' nada sinis berunsur fitnah...siti mngerti maksud ayat itu...diam lagi...
‘’knape pakai camni?? Pakwe alim ea?..’’ siti hnya terdiam...memekakkan telinga..sedih...
‘’kau da alim dah skrg?? Ish da xleh la gosip2 dh pasni..’’ nada tkejut n frust sbb xboleh gosip lagi...siti diam..buat2 gelak sorokkan tangis hatinya...
‘’ishhh...knape tutup abes?? Xsyok da la lpas ni..’’ nada frust kerana xdapat terus berimaginasi dan menjadikan siti kambing hitam... celaka!! binatang!! (hati siti bersuara).. sedih..kecewa..terhina..siti mengalihkan muka..tetap diamkan diri dan berlalu pergi...dalam masa sama siti bersyukur n ucapkan tahniah pada diri sendiri kerana misi nya telah tercapai..big clap!!
‘’ala..kau pakai camni..semua org tgk kau..publisiti la...’’ nada gurauan..sindiran..berbaur hasad..siti redha mdengar kata2 yg keluar dri temannya sdri..hati kecilnya menangis..langkah tetap diteruskan..
‘’ish..kau tarik perhatianla pakai mcm nih..’’ nada sinis bserta gelak2 kecil...lg dari teman tdekat..siti mnahan amarahnya..ingin saya dia berhujah..tp dia sedar..sabar itu lebih penting dan bernilai...dia merasai Allah sdg memerhati gerakgerinya...dia xmahu kalah lagi dgn setan...maka hnya gelak kecil mnyembunyikan rasa terkilannya d hati...
‘’eii...makin geram la aku tgk die pakai macam nih’’ nada geram n frust dari lelaki yang kurang pegangan agama.. tersepit...kalah dan tewas ditunggang nafsu sendiri..siti mendiamkan diri... pekakkan telinga...ingin sja sumpah seranah..tp..dia hnya diam...redha...
‘’tensionla aku die pakai mcm ni...da xnmpak die senyum ke marah..bukak la jap nk tgk..rindu’’ bodoh!! (terdetik dihati siti tanpa sengaja)..
‘’e ehhh sitiiii...’’ kata makhluk 1...mghampiri siti..tkejut n tersengih melihat wajah siti yg mbuka niqabnya ketika breakfast walaupun telah menyorok d tempat plg jauh dri org..”eh pegi la tgk siti tuh kt situ..heh2..” mngajak member...’’hhehehhe...’’ makhluk 2 tersengih dpt melihat wajah siti yg dah lame xdilihatnya..sambil memegang handset di tangan..chkecth! ”haahaha...nanti nak letak dalam fesbuk”...berlalu gembira dalam gelak tawa...siti menahan tangisnya...teruskan menjamah rezeki dariNya..sabar~...hatinya berseru...
‘’ishhh...susah ni nk tgk nih..hehehe..’’..makhluk 2 lagi...again...chkecth! bertambah lgi photo dlm handset si bodoh bangang tersebut...siti menahan amarah kerana saat itu dia baru selesai mgakhiri solat dgn salam...mengalir jua airmata nya...xdapat ditahan sebak rasa teraniaya..siti menyorokkan wajah n  tangisnya..ALLAH TEMPAT MENGADU...
‘’lpas ni da xleh jumpe dah...boleh la salam2 peluk2 cium pipi ngan siti...bukannya sentuh kulit pon...da lapik da kan semua..hahahaa..’’ gurauan bodoh lagi hina...siti hnya tergelak kecil menahan panas hatinya...lagi hatinya berseru...sabar~
‘‘lepas ni wanita2 kene pakai jubah n tutup muka je....hei, org yg berbalut tu la ramai dirogol skrng tau....lelaki dah puas melihat wanita separuh bogel sbb dh puas dilihat dr luaran...so fikirkan seadilnya.... rajin2la mengajar pengikut2 islam yg lemah itu...berbalut dalam jubah pun xde guna klu x dpt menyelamatkan pengikut2 yg lemah itu....lihatla dlm video ini..kenapa nk mengiklan wanita islam yg sngt suci itu...kurang ajaran kah mereka...seremeh mna lg ajaran ISLAM bg mereka... wahai wanita Islam, selamatkan la bangsa2mu..’’ kata2 seorg perempuan kafir bragama kristian yg mengkritik perempuan islam melayu dalam 1 video yg memuji kecantikan gadis melayu yg nyata tidak ade langsung ciri2 MUSLIMAH SEBENAR!..yang ni membuatkan siti rasa terhina dan malu lantas memulakan hujahnya menggunakan aqal fikirannya n pengetahuannya tntang agama ISLAM dan agama KRISTIAN...kerna dia pernah membaca bible untuk mengetahui penyelewengan yg dilakukan dalam bible..fakta2 yg diputarbelit dan berubah2...bahagian2 yang terbahagi dua untuk yahudi dan kristian...isi kandungan yg sama n sebaliknya dalam alquran n bible...dgn mnggunakan contoh2 n kisah2 paderi kristian n pope yg mninggalkan kristian n memeluk agama ISLAM....akhirnya..si kafir diam kelu membisu xterkata...siti sgt sedih selepas kjadian ni...kerana si kafir mghina semua wanita islam yg tidak menutup aurat dgn btol...fikirkan wahai muslimah sekalian...


Masih terngiang-ngiang di telinganya...suara-suara mereka...kata-kata mereka...manusia...
manusia kah?
siti masih mencari jawapan pada segala persoalannya....
Dalam detik n waktu yg berbeza....sahut-sahutan bertukar-tukar lidah...silih berganti...entah bila semuanya akan terhenti...mgkin dia perlu pergi untuk mengakhiri semua ini...
’terima kasih’..suara hati kecil nya merintih...airmata teman setia...sendu tangisnya terlindung di balik senyum dan tawa...dia masih berdiri....walaupun sendiri...
Hanya Allah tempat dia mengadu...hanya Allah yg memahami dirinya....hanya DIA...YA RAHMAN..

segala yg berlaku di terima dgn redha..perjalanan hidupnya tetap diteruskAn..walaupun terkadang terdetik di hatinya untuk mnyerah kalah...berputus asa..berpatah balik ke titik kehinaan sperti dulu kerana xsanggup mghadapi fitnah terbesar dlm hidupnya...pernah juga dia tewas oleh nafsu amarahnya kerana hati yang terlalu kecewa...tertekan..sedih..rasa teraniaya dan terhina... rapuh... kosong..hilang..hancur..semuanya musnah.. HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI. di saat hatinya goyah oleh perasaan yg bertentangan yg berebut2 untuk menguasai hati..dari nafsu yg memberontak dan aqal yg sentiasa ingin memimpin...dia tersepit...dan nyata di saat itu...syaitan menerajui.. iblis laknatullah..berjaya juga menguasai hatinya saat itu...segala yg terbuku di hati kecilnya dilontar dimuntahkan tanpa mngira dosa akibat tiap2 bait bicara yg dikeluarkan...detik itu...segala yg dijaga sepanjang hijrahnya terhapus...saat itu juga...istiqamah yang dipelihara hancur skelip mata...sifat amarah yang ditahan xmampu lagi dibendung..xmampu di tepis...maka berakhirlah sebuah perjuangan hati..noktah...pengakhiran yg melemahkan jiwa batinnya...memenangkan nafsu...syaitan bergelak ketawa...’’tahniah sahabat!’’ masih terdengar ucapan iblis ke telinganya...siti tetap redha...tekadnya..biarlah saat itu menjadi saat terakhir nafsunya berjaya..dia pasrah dan akur dgn ketentuanNya..dia percaya setiap yg berlaku adalah perjalanan takdirnya..Allah telah menetapkan segalanya...tanpa disedari...saat itu pengakhiran tahun...dan permulaan tahun baru hijrah...’’salam maal hijrah’’...ucapnya di hati kecil...pada diri sendri...selamat tinggal 5 disember...episod hidupnya baru saja bermula...........

~Tuhan Cinta Agungku~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...