Thursday, June 16, 2011

asalnya dia dari setitis air

...............

Sebuah kisah setitis air
Dalam berjuta-juta saingan
Berebut-rebut hadapi kesukaran
Akhirnya...
Dia lah yg terpilih
Hingga satu ketika
Dia mendengar alunan indah dan syahdu
Di situ dia mula mengenal bunyi
Masa berlalu...
Hingga saat dia mampu lakukan semua
Tiba masa dia bermusafir
Jalan yg pada awalnya tegak mulai bertemu liku
Ada ketika dia bengkok ke kiri
Terkadang pula bengkok ke kanan
Dia terjatuh...luka tangannya
dia terpijak duri...berdarah tapak kakinya
adakalanya dia terpaksa berpatah balik
dia mula bertanya...
tapi salah tempat pertanyaannya
dia tersesat
tercari-cari arah tuju
dalam kelamnya hari
termasuk pula semak dan belukar
kotor bajunya
cahaya mulai malap
dia meredah gelapnya malam
melalui pusingan di tempat yang sama
semakin tersasar arahnya
semakin kabur penglihatannya
di saat mulai buntu...
seakan berputus asa mencari jalan keluar
dia mahu berhenti dan berehat saja
di perhentiannya...
tiada satu irama pun yg mampu hiburkannya
dia tiada bekalan makanan tuk mengenyangkannya
dia tiada teman tuk mendengar keluhannya
dia diam sendiri
senyap...
sunyi...
sepi...
lalu dia terlena...
dia terlihat cahaya dalam lenanya
dia terdengar bunyi pertama yg dipelajarinya
hatinya kembali bernyawa
saat dia tersedar dari lenanya...
dia terus bangkit untuk mencari
mulai rindu kisah asalnya yang indah
dia melangkah kecil meneruskan perjalanan
semakin lama langkah semakin panjang
dia mula berlari
banyaknya calar pada badannya
terkena pepohon berduri disekelilingnya
tergores...
terhiris...
tertusuk...
namun dia semakin asyik
rindunya pada bunyi itu semakin dalam
tiba-tiba langkahnya terhenti
terasa sejuk tapak kakinya
nyaman penglihatannya
tenang jiwanya
terlalu indah pemandangan
dia melihat sebatang anak sungai
jernih airnya
bersinar-sinar permukaannya
dia mengikut arus air itu
semakin lama semakin hilang comot mukanya
hilang dahaga tekaknya
tertanggal kotoran pada bajunya
walau langkahnya berat meredah arus
arah tujunya mulai jelas
walau kakinya sakit beralas batu-batu tajam
air yang dingin itu bisa menghilangkan sakit lukanya
dia mahu terus mengikut arus air itu
kerna alirannya terus maju ke depan
tiada pernah mengundur ke belakang
apa yang pasti
dia yakin akan ada penghujungnya
tempat dia dpt mendengar bunyi yg dirinduinya
Dan dia mahu selalu di situ
Kerna di situ dia dapat melihat dirinya
Satu yg ditentukan hidup daripada berjuta-juta yg mati
...Asalnya dia dari setitis air...

..............


~cahayakeharumanku~


Wednesday, June 15, 2011

skrg puteri umno plak xpuas ati

klw nk baca artikel penuh :
http://azmieyusoff.blogspot.com/2011/06/panas-ketua-puteri-umno-pun-kata.html

kalau xnak baca xper..

simpati juga dgn nasib org terengganu...
duit beratus2 juta entah ke mana...
mereka baru tersedar yg kerajaan khianat n zalim?
sabar jela...
politik...politik...
macam-macam ada...
jom sama2 doa biar semua dpt petunjuk..
kan seronok klw bergabung n dua2 perjuangkan islam..
xseronok  ke?
islam bukan hnya pada nama...
politik juga harus dgn islam..
hmm..
akan ku tunggu saat tu...
tiada guna berpecahbelah sesama islam...
indahnya jika syiar islam dilaksanakan dgn sempurna..
Allah..zahirkanlah...
hanya padamu..
ku memohon..


sedihnya dgn dunia sekarang...
=(


salam...

Tuesday, June 14, 2011

aku sedih bila org islam tolak islam

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang akhirnya mengakui bahawa Umno lah yang begitu takut dengan Dasar Negara Islam yang dibawa PAS. Selama ini merekalah yang menuduh DAP begitu takut akan dasar itu.

Namun kenyataan Nazri yang mengatakan :
“Kita lebih bimbang PAS akan berikan saingan lebih hebat jika mereka masih mempertahankan (dasar) negara Islam kerana wujud elemen dalam kaum Melayu yang berpandangan apa yang diperjuangkan PAS itu betul”
sudah cukup menceritakan hakikat sebenar. Memang benar apa yang PAS perjuangkan sekarang ini adalah betul....
 
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
 
 
 
 
p/s: aku bukanlah seorg yg minat politik..tp permainan mereka memakan diri mereka sendiri..mereka mngaku perjuangan PAS memang benar dan betul..tapi mereka menolak mentah2..mereka berdalih..menggunakan seribu satu alasan tuk lari dari kebenaran itu..aku sedih bila mereka menuduh PAS membawa ajaran sesat...kini..bila kamu sendiri yg mnyatakan apa yg diperjuangkan PAS itu betul, jelaslah yg menentang PAS yg salah..bukankah kamu sendiri yg menentang PAS ? kenapa kamu letakkan diri di tempat salah sedang kamu boleh bersama2 dlm perjuangan yang kamu kata betul tu??? aku jadi pelik bila kamu bimbang dgn dasar negara ISLAM sedang kamu sendiri ISLAM..aku tanya kamu apa yg TOKGURU penah tnya..soalan yg kamu xpenah jawab...dimana roh ISLAM kamu??
 
 
bila org islam tolak islam.
itu aku sangat pelik.hairan.keliru.sedih.kecewa.
sedih sekali.
memang sedih.
teramat sedih.
 
 
.....................................................................
 “...Sesungguhnya segala kebenaran hanyalah milik Allah Taala dan akan dibela sendiri olehNYA... aku selalu berharap agar suatu masa nanti syariat ISLAM n hukum ALLAH akan tertegak di seluruh pelusuk bumi Allah..aku yakin..segalanya hanya milik Allah dan segalanya akan kembali pada Allah...Agama Allah akan tertegak kembali dan KEBENARAN lah yang akan di bela oleh ALLAH  Yang Maha Berkuasa..PEMERINTAH langit dan bumi...aku tunggu saat ini..sampai aku mati...”
~Cahayakeharumanku~
.....................................................................
 
 
noktah.
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...