Monday, December 31, 2012

mereka bermatian pertahankan hijab, kita?


Ya ALLAH...
selamatkanlah mereka semua di sana..
saudara2 ku.. muslimah sejati pencinta agamaMu..
mereka bersusah payah menjaga hijab mereka kerana taat padaMu...
sedang aku di sini yg tidak pernah di halang, dipukul
pernah dulu lupa akan kewajipan berhijab mengikut syariatMu...

Allahu Rabbi...
aku malu dan berasa sangat kerdil berbanding mereka di sana
aku sangat malu padaMu, Ya Allah..
mereka di ancam kerna hijab yg menyelubungi seluruh tubuh
namun mereka tegar dalam ketaatanNya padaMu

Allahu Rabbi...
kuatkan aku untuk menjadi sekuat mereka...
kuatkan aku untuk menjadi setabah mereka...
kuatkan aku utk menjadi sehebat mereka...
berjuang mempertahankan hijab diri kerana agamaMu yg Haq...

ampunkan dosa2 yg lalu..
ameen..

aku masih seorang manusia biasa
ciptaan Allah sepenuhnya
T_T


Tuesday, December 25, 2012

7 mata dicintai Allah


4 petua imam shafie

Menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Melemahkan badan

1. banyak bersetubuh
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


Monday, December 24, 2012

pesanan buat niqabis


Kamu katakan niatmu berada di sini adalah sebagai salah satu medan bagimu untuk meyampaikan dakwah-Nya seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah-Nya. Namun sedarkah kamu apa yang kamu lakukan sekarang? Adakah kamu sedar atau sememangnya kamu masih belum sedar? Mari kita lihat.

Ramai antara niqobis yang ana perhatikan sekarang gemar upload gambar mereka berniqob dan ada juga tanpa niqob dengan gaya yang bisa menarik perhatian. Tidak ana nafikan, ana jua pernah melakukan sedemikian namun dengan izin suatu hari Allah telah menunjukkan cahaya-Nya.

Tahukah kamu walau gambar yang kamu upload itu gambar berniqob yang menutup sebahagian wajahmu namun sebenarnya masih lagi dapat meruntuhkan jiwa lelaki dengan satu fitnah. Apakah ia? Ianya adalah sepasang mata. Sepasang mata yang terhias cantik dengan ukiran celak yang menawan. 'Sepasang mata Si Hawa itu mampu menggelorakan seribu jiwa Si Adam'. Ianya menjadi daya penarik utama bagi kaum Adam dan sedar atau tidak ianya ke arah membuka satu pintu zina buat kamu. Nauzubillah!

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan :

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Srikandi Islam yang cantik rupawan ini,malah baik ilmunya dan menjadi ikon kaum Hawa dulu kini dan selamanya sendiri berpesan akan azimat ini. Pesanan ini untuk menegaskan bahawa,"SEBAIK-BAIK" bermaksud penekanan kepada wanita-wanita yang berusaha menjadi baik,haruslah dan mestilah orang yang berusaha untuk tidak dipandang dan tidak memandang.

Tidak dipandang adalah membawa maksud,tidak menjadi perhatian kaum ajnabi(lelaki tiada pertalian darah) secara syahwat ataupun tanpa nafsu syahwat.
Tidak memandang pula membawa maksud,menundukkan pandangan daripada melihat ajnabi(lelaki tiada pertalian darah) dan perkara yang berupa maksiat.

Jadi disini ingin ana tegaskan, pemakaian purdah ini dasarnya adalah untuk tidak diPANDANG akan kejelitaan wajah yang mampu menaikkan syahwat ajnabi(lelaki tiada pertalian darah) Atau lebih mudah adalah supaya tidak menjadi perhatian awam. Namun,sekiranya pemakaian purdah itu sendiri menjadi perhatian,maka tujuan asalnya telah terpesong sama sekali. Malah,akan menimbulkan fitnah kepada si pemakai itu sendiri.

Sama hal juga seperti kamu upload gambar kamu berniqob di facebook and etc. Ianya sememangnya tidak memaparkan wajah kamu tetapi cukup dengan sepasang mata yang indah dan gaya kamu itu sudah membuatkan lelaki ajnabi 'terjatuh'.

Oleh yang demikian, sebagai wanita yang berusaha untuk menjadi"SEBAIK-BAIK"wanita seperti yang dipesan oleh Saidatina Aisyah,maka perlu dan wajiblah kepada kita untuk berusaha agar tidak dipandang dan juga tidak memandang kepada yang maksiat itu. Supaya kita,terselamat dari fitnah-fitnah dunia dan mengharumkan nama baik muslimah itu sendiri.

"Wanita itu adalah perhiasan dunia.Dan SEBAIK-BAIK perhiasan adalah yang solehah"

Jelas? Tepuk dada. Buka hati. Buka minda. Tanya iman. Apa khabar imanmu?
________________________________________________

Allahummasallia'ala Saidina Muhammad,
Pena Dakwah-Nya ♥
 
 

Sunday, December 23, 2012

puisi indah Afdlin Shauki - MATA KECILKU

MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

Barakallah Feeq



p/s: mata kecilku juga basah membaca puisi yg sgt indah ini.. moga Allah terus membasuh hatimu wahai saudara se agama se ISLAM.. berseni berpuisi dgn hati mampu membuat hati2 menangis merindui Ilahi, Sang Kekasih yg Ter Agung.. Allahu Rabbi.. terimalah segala amal kami..Ameen..

 

lanjutkan usia Sultan Muhammad V



sama mcm dalam mimpi saya..dia dtg pakai mcm ni..sebijik..pastu makan nasik dalam talam.. =)
kuat btol aku berangan. huu

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah kerna mentakdirkan aku lahir di bumi kelantan yang bersultankan baginda. moga Allah lanjutkan usia Sultan Muhammad V agar lebih ramai rakyat kelantan mendekati dan mencintai Islam.. alangkah indahnya jika pemimpin negara ini berakhlak mulia seindah ini dan mencontohi keperibadian Nabi Muhammad saw..

Islam akan menang.. suatu masa nanti... itu kepastian.

Allahu Akbar!




Kelantan hadiah RM60,000 kepada persatuan ragbi

Rizal Tahir, 13 Dis 2012


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menghadiahkan RM60,000 kepada Persatuan Ragbi Kelantan di atas kejayaan mencul juara Piala Agong tiga tahun berturut-turut bermula 2010.

Cek berkenaan disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada Timbalan Yang Dipertua persatuan itu, Hanafi Abdul Rahman, di bilik mesyuarat Menteri Besar semalam.

Turut hadir pada majlis itu, naib-naib pengerusi persatuan itu, Mohd Nor Alias dan Mohd Roslan Mohd Nor termasuk setiausaha, Ahmad Nasri Salleh.

Tuan Guru berkata, kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti sukan di negeri itu selagi tidak bercanggah dengan dasar dan syariat Islam.

Katanya, apa yang penting usaha mempopularkan sukan ragbi perlu dipergiatkan agar standing dengan acara sukan lain.

“Di Eropah sukan ragbi begitu masyhur dan kita harap ianya turut berlaku perkara yang sama di negara ini khususnya Kelantan.

“Semoga kita bukan sahaja popular dengan sukan bola sepak, tetapi juga sukan ragbi,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood.

sumber :  http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15224-kelantan-sumbang-rm60000-kepada-persatuan-ragbi-


p/s: lam byk2 paper yg muka ayhku kuar, yg ni yg paling best!!! sbb duk sbelah tok guru!! yeay! :)

Thursday, December 20, 2012

sebuah kegembiraan :)


...pada ku...
ini bukan sekadar sekeping gambar
ia suatu yg memberi erti
yg tidak mampu di luahkan
tidak mampu di huraikan
tidak mampu di perkatakan
tidak mampu di panjang lebarkan

sebuah anganan sahaja
bilasaja ia menjadi realiti
bagaikan sebuah mimpi
seakan terlupa doa itu sering di dengari

di situ ada figure2 yg ku kenali
yang dekat
yang kurang dekat
yang jauh
yang jauh tapi dekat

entahla

segala puji hanya bagi Allah
untuk rasa ini
rasa itu

untuk sebuah kesyukuran dan kegembiraan
:)

 

Astargfirullah T_T


bila Allah menguji kita dgn sesuatu yg bathil, dan kita terjebak, termasuk dan terbuat sedangkan kita tahu perkara itu adalah suatu dosa dan tidak disukai oleh Allah, tapi atas dorongan nafsu dan iman yg sgt lemah, kita melakukannya tanpa rasa takut pada Allah. tanpa sedar Allah sedang melihat. tanpa malu pada kedua pencatat amalan di kiri kanan kita.. Allahu Rabbi.. bgaimana jika disaat itu jasad dan roh kita di pisahkan..diri ini tidak mahu mati dlm su'ul khatimah.. Astargfirullahal'azim..

sebesar mana pun dosamu, Pengampunan dan rahmat Allah lebih besar.. tapi itu tak bermakna kita boleh bermaksiat sesuka hati.. maafkan diri ini menjadi pencinta yg tak setia pada Mu.. :'(


Dari Anas ra, bahwasanya Nabi saw banyak membaca do'a sebagai berikut:
Yaa muqallibal quluubi, tsabbit qalbii ‘alaa diinika
"Ya Allah, Tuhan Yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku agar senantiasa bepegang teguh kepada agama-Mu"
(HR. Al-Bukhari).





Friday, December 14, 2012

siapa pun awak,peluang itu masih ada



sis, susah nk kekalkan mcm ni, bila sy berubah segala yg sy ada hilang. i've lost everything sis. my study, my frens, my love, my look, my health, and everything.. its hard to be a good person. i keep on looking on my past time and i feel like im a loser. my life full of tears and i feel dat im alone n nobody understand me. no body support me. how can i feel dat Allah is near? how can i have the feel dat Allah is always with me and forgive all my mistakes?

ukhti syg, kamu hilang semuanya.. tapi Allah takkan hilang kan? dan jika di katakan kehilangan, maka diriku juga mengalami perkara yg sama, tapi itu tidak bermakna kita tiada peluang utk jadi baik dan lebih baik. jika sedih kehilangan cinta yg tidak halal, apa pula rasanya org yg kehilangan cinta halal mereka? jika kehilangan rupa paras yg cantik kerna menjadi muslimah tanpa solekan, maka ingatlah bidadari syurga Allah itu jauh lebih cantik. jika kehilangan pelajaran, maka apa pula rasanya org yg tidak mampu berfikir dgn waras brg sekalipun? jika kehilangan pakaian2 mewah cantik menarik hati orang ramai, maka ingatlah pakaian terbaik pd pandangan Allah adalah Taqwa. jika kehilangan sahabat, maka renunglah kembali, sahabat seperti apa yg kamu hilang? bergeraklah dan cari lah sahabat2 yg baik yg sentiasa mengingatkanmu kpda ALLAH.. 

memang jadi orang baik sgt susah, ramai org mengata, ramai org tak suka dan ramai yg jauhkan diri.. ingatlah apa yg di alami oleh Rasulullah saw. bukankah baginda juga di musuhi? malah baginda mengalami segala kepahitan yg tak tertanggung oleh sesiapa pun. di baling batu, dibaling najis,di caci maki...tapi apa tindakan baginda? tiada istilah putus asa dlm hidup Rasulullah saw.. mujahidah itu pahit kerna apa? kerna syurga itu manis.. kenapa kita rasa sgt terkongkong di dunia? kerna segala keseronokan abadi hanya ada di syurga.. Allah sediakn utk hamba2 Nya yg Soleh..

Allah menyelamatkan kita dari jalan gelap, menarik kita dekat dgnnya, mengikut jalannya yg benar, maka kesedihan apa lagi yg dapat menandingi kasih syg dan hidayah daripada Allah Ta'ala? besar mana pun dosa kita, ingatlah rahmat dan pengampunan Allah itu jauh lebih besar.. jalan kembali kepada Nya sentiasa terbuka sebelum ajal menjemput.. sibukkan la diri dgn perkara2 yg bermanfaat dan mengingatkan lagi kepada Allah kerna itu akan membuatmu lupa dan lengah terhadap segala bisikan2 syaitan yg menggodamu utk pulang ke lembah kemaksiatan penuh dosa.

jika rasa keseorangan dan tiada sesiapa yg memahami, maka Allah itu tidak pernah tidur. Dia Mengetahui segala apa yg di perbuat, Dia Maha Memahami.. Dia takkan biarkan hamba yg mencari Nya keseorangan. mana mungkin Dia menzalimi org2 yg mencari cahaya Nya.. Allah sgt dekat.. Penuh kasih sayang.. takkan rugi org2 yg mencintai Allah.. berceritalah dan luahkan lah segala apa yg di rasa kepada Nya.. maka kau akan temui ketenangan.. itu kemenangan pertama. :) 


walaupun semua org tak tahu, tapi Allah tahu kan?
jika awak sanggup tinggalkan segala keburukan awak utk Allah,
maka itu lebih baik drpd segala2nya.
dan Allah akan mencintai org2 yg mencintai Dia.
Dia mengikut persangkaan hambaNya..
Allah sgt dekat.
percayalah.



Tuesday, December 11, 2012

TAHUKAH KAU WAHAI ADAM

♥ Apa yang ada di sebalik sekeping hati
seorang muslimah itu ?

♥ Ketahuilah , dia sedang berjuang
memelihara hati engkau
supaya tegar meletakkan Allah di atas
singgahsana dalam
hatimu .

♥ Dia mahukan engkau , 
menjadi mujahid yang sibuk
menegakkan kalimah haq berbanding
melayani hawa nafsumu.

♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya
menjadi punca kelalaian hatimu 
dalam menunaikan haq Allah .

♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya
mengkhianati haq Allah dgn 
mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu
 
 

Monday, December 10, 2012

ku lihat HIJAU di GAZA, PALESTINE












 http://www.facebook.com/Shahrina.A.S

 http://www.facebook.com/media/set/?set=a.3436459209261.117267.1803912942&type=1

Bendera PAS di Gaza (unedited version..).

Updated 11 hours ago · Taken in Gaza
Kepada siapa yang tak percaya, atau yang kata saya reka, inilah buktinya, bendera PAS memang ada berkibar di Gaza, malah berkibar dari atas puncak bangunan yang boleh dilihat di seluruh Gaza... Allahu Ahad.. Video http://www.youtube.com/watch?v=dsvB7VdjMjw&feature=share

video : http://www.youtube.com/watch?v=dsvB7VdjMjw&feature=share


p/s: aku bangga ngan akak ni.. seriously im proud of her and a bit jelous with her achievement! Allahu Akbar! may Allah grant her rewards in the hereafter for defending the truth and for her Spirit and braveness as a muslimah! terbaik! thumbs up from me! gudluck sis! ALLAHU AHAD!


 

jemaah? da'i? muayyid? so what?

kini baru aku sedar apa itu dakwah sebenar
baru aku tahu apa itu Muayyid..Murobi...
apa tu penggerak. pendokong. penolong..pemimpin..
Allah tujuan kami.. Rasulullah ikutan kami..
Islam is the way of life...
Nahnu Ansorullah ! itu impian kami.

setelah lama diri di tarbiyah..
menanti di suap, hanya menadah..
sering membelakangkan diri kerna dosa silam
tidak yakin dgn potensi diri anugerah Ilahi
pentingkan diri menyimpan cinta Ilahi sendiri..
ciri2 munafik jelas tergambar..
Allahu Rabbi... im speechless! T_T

JUJUR...di mana? bercakap benar lah !
YAKIN..di mana? ingatlah janji Allah !
AKHLAK..di mana? jangan jadi hipokrit !
AMAL..bagaimana? ibarat suis lampu yg di on off...
lampu sering di off di waktu mlm utk org2 yang mahu tidur
sudah bersediakah menyelami malam untuk tidur?
Astargfirullah...Astargfirullah...Astargfirullah... T_T

kau Pengecut! Pondan! Lembik!
ha ha ha !  iblis dan pengikutnya bergelak ketawa..

kenapa tidak lantang menegakkan kebenaran?
malu melakukan kebaikan. sombong dgn ilmu yg sedikit.
berpuak-puak.. tidak keluar dari kelompok...
akhi ni hebat la! ukhti ni memang osem! (rasa mcm nk baling batu je)
itu mainan mulut makhluk saja. jangan tertipu. merana diri di sana nanti..

dakwah hanya wujud di kampus? pelik...
dakwah hanya untuk ahli jemaah saja? pelik + hairan...
dakwah hanya untuk budak sekolah agama? pelik + hairan + ajaib...
dakwah hanya tugas satu parti politik? hanya utk melayu/islam? aikkk ?!
dakwah itu tanggungjawab semua untuk semua kerana ALLAH ! noktah..
we are not the only Muslims in this world ! ISLAM for ALL !
buka lah mata.. celik lah hati.. cari lah cahaya utk Aqal mu..
kesian dia...jangan biarkan cahaya nya malap..

ikhwah2..akhowat2..kita-kita saja kah yg perlukan Islam?
senyum dan salam hanya utk ahli jemaah.. begitu kah?
sedekah di lihat sbagai duit masuk tabung dana..itu saja kah?
akhlak yg baik hanya bila bersama jemaah saja.. macam tu?
iftar jamaie = masjid penuh.. bagusnya..
qiyamullail jamaie = ........?  <---- sila isi tempat kosong di tepi.
aduhai hinanya diri ini...Allahu Rabbi... T_T
"bagusnya kita !" , "mereka salah!  jemaah kita je yg betul !"
itu bukan sifat murobi..(bagi aku la)
sampai bila akan terus begitu?
cukuplah setakat ini saja..Allah sebagai Sandaran.
cinta Allah itu utk semua yg mencintai-Nya...
dan syurga... bukan milik persendirian. tiada keraguan di situ.

muayyidah....akhowati fillah...
kini ku mengerti apa yg di tanggung mereka walau tak di luah
kini ku rasai kesakitan mereka dlm pertempuran di medan dakwah
kini ku tahu apa erti kesabaran mghadapi ujian..menjadi qudwah hasanah.
bersabar tika di uji... bersyukur tika mendapat nikmat.
boleh jadi nikmat itu ujian. ujian itu nikmat.. benar kan?

Allahu Rabbi..
amanah ini sgt besar
amanah ini sgt berat
jika dpt di lihat secara zahirnya
pasti saja aku menyorok macam pencuri,
lari dan tidak mahu menanggungnya.

Allahu Rabbi..
kami telah berbaiah dan mengikat janji setia..
kami telah berikrar utk memikul beban dakwah Mu
ketaatan kpd pemimpin kami bukti kepercayaan kami pada jemaah
kami bersedia menanggung pahit,pedih,sakit,duka di jalan pilihan kami
kami rela menahan penderitaan demi agama Mu
kami mencintai kerana Mu dan kami membenci juga kerana Mu..
kekalkan kami di jalan ini, Ya Tuhan..
kekalkan kami di jalan ini, Ya Rahman..
kekalkan kami di jalan ini, Ya Rahim...
dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah kami di jalan MU..

aku bercakap bukan bergantung pada jalan yang aku tapaki..
aku berkata dengan aqal anugerah Ilahi..
aku berpuisi dengan hati pinjaman Allahu Rabbi..

cabang dakwah ini sangat banyak dan meluas
maka pilih lah apa yg paling dekat dgn hati mu mengikut kemampuanmu...
sungguh Allah,Tuhan ku Lebih Mengetahui siapa yg paling benar jalannya..



p/s: aku menjerit sorang2 jer ni..tak perlu ambil peduli.. jazakumuLLAH.. 



Friday, December 07, 2012

off to MK 2012

BismilLahirRahmanirRahim..

as akhowat 02, we must attend Mukhayyam Khariji 07th - 09th of Dec 2012..
dengan ini di umumkan bahawa blog ini akan sunyi sampai ari ahad.. hii tata semua..

"..Bekerjalah, maka Allah akan melihat amal-amal kamu serta orang-orang beriman..."

Insyaa Allah dengan niat yang tulus, ukhuwwah dan toleransi semua akan menjadi mudah.. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. >>>> ayat akhowat :)


Allahummahdina wahdibina...
(Ya Allah,berilah hidayat pd kami dan jadikanlah kami asbab hidayat).. 

Ameen..

salam dakwah dan tarbiyah! =)


Thursday, December 06, 2012

TIPS ISTIQAMAH DALAM JEMAAH


~ buat semua kerana mengharapkan redha Allah
~ tidak mengharapkan pujian dan balasan daripada makhluk
~ sentiasa perbetul niat hanya kerana Allah
~ berbaik sgka sesama ahli jemaah
~ menjaga akhlak n baitbicara
~ elak diri dari IRI HATI or hasad dengki
~ zuhud dan berlapang dada
~ tidak pentingkan diri sendiri dan rendahkan ego
~ tidak memandang rendah pada ahli jemaah yg lain
~ jgn pernah terdetik di hati "bagusnya aku!"
~ bykkan istigfar dan doa agar amal diterima n dikekalkan di jln dakwah.. 


ameen.. insya Allah.. :)


Puisi UAI - maafkan kami Palestin & Syria T_T

derita kita
derita kita menanti..majunya negara
derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberansangkan
derita kita belum dapat bantuan subsidi
derita kita kerana anak tidak lulus periksa

derita mereka apabila anak-anak mereka menjadi kubu 
daripada ditembusi oleh peluru peluru yahudi yang merobek kulit
mengeluarkan isi perut anak-anak kecil yang tidak berdosa.
itulah derita para ibu di bumi Gaza..

para ibu di negara kita..
derita belum sempat membeli gelang baru
belum sempat membeli rantai baru
belum sempat menempah siap pakaian baru
samakah kita dengan mereka???

bumi gaza...2012..
menjadi tontonan cerita perang dalam televisyen setiap umat Islam 
yang jumlahnya berbilion-bilion..

wahai Gaza..
kami saudara kamu
seagama dengan mu
kami lelaki-lelaki sekuat mu juga
kami memohon ampun kepada mu wahai gaza

kami memohon ampun kepada mu wahai Syria
kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami
yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan

minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria
kami ada tentera, tetapi kami tidak mampu pergi kepada kamu
mohon kemaafan banyak-banyak
kami hanya menjadi penonton
di mana darah-darah anak mu,isteri-isteri mu jatuh
titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci

wahai Gaza
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad
terimakan lah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhadamu

wahai Syria
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad-jasad kamu 
melawan segala yang jadi musuh Allah

wahai Gaza
wahai Palestin
wahai Syria
maafkan kami
terima lah doa daripada kami
dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasadmu.

by : Ustaz Azhar Idrus  


Allahu Akbar!! sedih.. T_T

Wednesday, December 05, 2012

mari bersilaturrahim! ^_^ Allahu Rabbi..

MAKSUD SILATURRAHIM?

"Menghubungkan Silaturrahim" atau tali persaudaraan dan kekeluargaan. Silah memberi maksud hubungan, Ar-Rahim maknanya pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga.

IMAM Ibnul Atsir berkata: "Silaturrahim adalah suatu ungkapan berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memerhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat. Manakala memutuskan silaturahim adalah suatu perbuatan yang berlawanan dengannya"

Kaum kerabat terdiri daripada kedua ibu dan bapa, adik beradik, pakcik, makcik, sepupu, nenek, datuk dan anak yang memiliki hubungan kekeluargaan yang dekat. Adapun hubungan yang dinisbahkan kepada selain ahli keluarga, maka ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam).

Allah swt ada berfirman dengan maksud: "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (di masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang yang bersaudara" (Surah Ali-Imran, ayat 103)

ISLAM ANJUR HUBUNGKAN SILATURRAHIM

Mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib sebagaimana perintah Allah swt dalam ayat di bawah ini:

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (Surah an-Nisaa’, ayat 1)

Kewajipan mengeratkan silaturrahim itu juga disandarkan dengan rasa keimanan kepada Allah swt sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah saw. Baginda bersabda yang bermaksud:

“Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim)” (Hadits riwayat Bukhari)

Allah swt mewajibkan kepada kita semua untuk menghubungkan silaturrahim dan mengharam memutuskannya dan menyuruh kita supaya sentiasa berbuat baik dan tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikan kepada semua manusia terutama kepada mereka yang ada hubungan kekeluargaan.

Firman Allah swt dalam surah An-Nisa', ayat 1 yang bermaksud:

"Wahai umat manusia, hendaklah kamu sekalian bertaqwa kepada Allah, yang telah menjadikan kamu sekalian (berasal) dari satu bapa (Adam) yang kemudian dijadikannya pula pasangannya , dari kedua jenis kelamin iaitu maka berkembang biaklah manusia di muka bumi ini lelaki dan perempuan. Maka hendaklah kamu takut kepada Allah yang kamu minta-meminta dengan namaNya, demikian juga hendaklah kamu jaga tali persaudaraan (silaturrahim). Allah selalu waspada tehadap kamu sekalian"

Dalam surah yang sama (An-Nisa’), ayat 36, Allah swt berfirman lagi, yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri"

Rasulullah saw ada membuat penjelasan berhubung dengan hubungan silaturrahim ini. ANTARA hadis yang berkaitan:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari)

“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, dengan bersandarkan peringatan Allah swt dan Rasul saw ini, MARI KITA jalin, MARI KITA pelihara dan MARI KITA suburkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli keluarga kita.

HIKMAT PENSYARIATAN SILATURRAHIM

Hubungan silaturrahim adalah hubungan untuk menyebar kasih sayang dan kecintaan bukan kebencian antara sesama orang yang beriman. Mereka yang mengutamakan hubungan silaturrahim memiliki banyak kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah swt. ANTARANYA:

1.Hikmah bersilaturrahim ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Nabi saw bersabda dengan maksud:

“Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim)”

2. Selain melaksanakan perintah Allah swt dan RasulNya, jalinan silaturrahim juga akan membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu di kalangan ahli keluarga. Hubungan baik ini juga membolehkan berlaku perkongsian ilmu serta kebaikan, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah atau buruk sangka dan yang akhirnya diberi jaminan syurga oleh Allah swt.

Daripada Abu Ayyub al-Anshari, katanya: "Seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah saw: Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku suatu amal yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. Maka Nabi SAW bersabda: Engkau beribadah kepada Allah dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menjalinkan silaturrahim" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu" (Surah an-Nisaa', ayat 1)

Rumusannya, usaha menjalinkan silaturrahim memberikan banyak manfaat. Ia sebagai suatu usaha (tanggungjawab) melaksanakan perintah Allah swt dan RasulNya, membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu, diberi keluasan rezeki oleh Allah, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah dan buruk sangka, dan yang akhirnya diberi jaminan Syurga (dijauhkan dari Neraka) oleh Allah swt.

MENJALIN SILATURRAHIM – BAGAIMANA CARA?


Menjalinkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli keluarga dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara. ANTARANYA sentiasa berhubung dengan mereka sama ada dengan menziarahi mereka atau dengan memanfaatkan peranan alat bantu teknologi masa kini (seperti internet, e-mail, sms, atau telefon), bertanyakan khabar , memberikan hadiah, sentiasa hormat-menghormati terutamanya kepada mereka yang lebih tua, segera membantu mereka yang memerlukan dan yang berada dalam kesusahan, saling sayang menyayangi, ingat mengingatkan, memuliakan mereka, mendampingi mereka jika mereka menghadapi kesedihan, meraikan kegembiraan mereka, sentiasa memenuhi undangan dari mereka, mendoakan kebaikan buat mereka, mendamaikan yang berselisih, dan juga mengajak mereka kepada jalan kebaikan yang diredhai oleh Allah swt.

Perhubungan yang baik terhadap ahli keluarga ini perlu dilakukan secara berterusan bertepatan dengan petunjuk Allah swt dan sunnah RasulNya. Kepada mereka yang memiliki ahli keluarga yang kafir, fasiq, atau seumpamanya, maka jalinan kekeluargaan bersama dengan mereka boleh dilakukan melalui nasihat-nasihat tertentu yang baik-baik, memberi tunjuk ajar, peringatan, membantu mereka dalam kesusahan, dan berusaha mengajak mereka ke jalan yang benar dengan hikmah.

Kita boleh gunakan kesempatan hari-hari perayaan (umpamanya Hari Raya Aidil Fitri) untuk menjalinkan hubungan silaturrahim yang lebih erat di kalangan sesama ahli keluarga. Yang terputus, kita jalinkan kembali; yang renggang, kita dekat-dekatkan; dan yang rapat, kita mesra-mesrakan. Hulurkan tangan memohon maaf tanpa mengira siapa yang benar dan siapa yang salah. Itulah sifat seorang Muslim yang mulia.

SILATURRAHIM YANG TERPUTUS - JALIN SEMULA !

Islam amat menuntut umatnya untuk menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia, kerana akibat memutuskan silaturrahim itu amat besar kesan keburukannya, bukan hanya setakat di dunia sahaja bahkan juga di akhirat kelak. Lazimnya, gejala memutuskan silaturrahim di kalangan ahli keluarga berpunca daripada pertengkaran atau perselisihan yang disebabkan oleh harta benda, harta pusaka, hutang piutang, hasutan, fitnah, sifat sombong dan mementing diri sendiri. Hatta perkelahian antara sesama anak pun juga boleh menyebabkan terputusnya ikatan silaturrahim, di mana kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan, didorong lagi jika kedua-duanya tidak mempunyai kesabaran dan sikap terbuka serta mengalah untuk memohon maaf atau saling bermaafan. Permusuhan dan pergeseran seperti ini boleh berlaku secara berpanjangan jika tidak ada kesedaran dalam diri kedua-dua pihak atau tidak ada orang lain yang mahu meleraikan atau mendamaikan pihak yang bermusuhan ini.

Perlu diingat bahawa tanggungjawab untuk membina semula silaturrahim yang terputus, bukan sahaja terletak kepada dua pihak yang bermusuhan, tetapi sanak saudara atau kawan-kawan yang mengetahui tentang perkara ini juga boleh memainkan peranan yang penting selaku orang tengah dalam mendamaikan dan menyambung semula silaturrahim yang terputus.

Oleh itu binalah ikatan silaturrahim sesama insan dalam apa jua kesempatan, mungkin dalam suasana hari raya, merupakan kesempatan yang baik untuk menjalinkan semula hubungan yang baik,
tetapi menunggu hari raya mungkin mengambil masa yang lama. Oleh itu, berfikir dan bertindaklah secara bijaksana dalam mencari waktu yang sesuai pada bila-bila masa sebagai satu wadah untuk memperkukuhkan lagi tali silaturrahim.

Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:

"Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus" (Hadis riwayat Bukhari)

Kita perlu berusaha menghubungkan silaturrahim dengan mereka. Kita ketepikan kebencian dan padamkan api dendam. Kita berlaku baik dan tunjukkan kasih sayang kepada mereka. Kita juga perlu bersabar terhadap perbuatan yang menyakitkan dan berbuat baik dan bergaul bersama mereka dengan akhlak yang mulia semoga kita semua beroleh kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat

Firman Allah swt di dalam surah Fussilat ayat 34, yang bermaksud:

"Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik apabila engkau berlaku yang demikian maka orang yang merasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."

KESIMPULAN
Mewujudkan silaturrahim itu terutamanya di kalangan sesama ahli keluarga adalah satu tuntutan dan menjadi kewajipan kepada umat Islam melaksanakannya selari dengan amalan-amalan lain. Kalau silaturrahim itu belum wujud, hendaklah kita wujudkan; kalau ada apa-apa masalah atau kesulitan, hendaklah kita selesaikan; kalau sudah terputus, hendaklah kita pulihkan dan jika sudah baik keadaannya hendaklah kita suburkan. 
 kredit to : adikku syg, ukhti Khairunnisa Zamri
~ hidup ini indah bila semuanya meyakinkan ~
Allah Cinta Agungku 
^_^
 
 

Sifat-sifat pakaian wanita islam..


Secara ringkasnya,berikut ini ialah sifat sifat pakaian wanita dalam islam,sebagaimana yang dapat diambil kesimpulan dan isyarat isyaratnya daripada Quran,Hadith,dan ajaran para ulama dan hukama islam :

1) pakaian itu mestilah menutup Aurat.

2) pakaian itu tidak terlalu tipis sehingga tampak terbayang bayang tubuh badan dari luar.
3) pakaian itu tidak ketat atau sempit,tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
4) warna pakaian itu suram atau gelap,seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang,sehingga tidak bernafsu lelaki melihatnya.
5) pakaian itu tidak sesekali disemerbakkan dengan bau bauan harum,demikian juga tubuh badan perempuan itu,kerana bau bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi..Perempuan yang memakai bau bauan ketika keluar rumah,sehingga lelaki mencium baunya,disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai zaniyah,ya ini pelacur atau penzina..
6) pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
7) pakaian itu tidak menyerupai pakaian perempuan kafir dan musyrik.
8) pakaian itu bukanlah untuk pakaian bermegah megah,menunjuk nunjuk dan berhias.
 
 

Tuesday, December 04, 2012

NIQABI PERLU JAGA AKHLAK

RESPON AKU SEBAGAI HAMBA ALLAH tentang isu penipuan di internet. kes jual beli henpon dlm group niqabi. moga niqabis2 yg teraniaya byk2 bersabar n byk muhasabah diri.. teguran n pesanan utk diri sendiri n teman2 niqabi.. Afwan.
 ASSALAMU'ALAIKUM WRT WBT.. [SERUAN JIHAD]
sungguh tak ku sgka.. "air yg tenang jangan di sangka tiada buaya.."

ibrah atau pengajaran utk semua termasuk saya : 
-jgn mudah percayakan org wlpun yg paling baik sekali dgn kita..
-jgn tertipu dgn profile picture..kaji dulu ltr blkg sbelum berurusan.
-mmg perlu bersgka baik tapi tetap perlu berwaspada dan hati2 di alam maya.
-risik2 dulu sebelum buat keputusan berurusan soal jualbeli di internet ni
-niqabis-dilabel sbgai org yg baik2 - mudah di tipu dan di manipulasi- jd perlu bijak!
-jgn ingt smua yg punya profile niqabi adalah niqabi yg sebenar..
-muhasabah diri sendiri - mungkin ni berlaku kerna kesalahan sendiri. Allahu'alam
-ingatla ni ujian daripada Allah Ta'ala yg nk uji ketahanan hati kamu bila di timpa ujian tentang material.. wanita mmg kalah dgn material. itu yg sy nmpak.
-lebih menjaga akhlak dan peribadi dlm kesopanan berhadapan dgn masalah dunia yg sgt kecil berbanding huru hara kiamat nanti..Allahu Rabbi..lemahnya diri terasa
-guna hp murah2 je pun takpe-kt pondok pun tak galakkan guna hp canggih..
-banyakkan bersabar kerna SABAR sifat MUKMIN dan AMARAH sifat IBLIS.

p/s: kalau sy org yg mampu, kaya-raya,byk harta dan wang belimpah ruah, pasti saja saya mahu gantikan semua wang yg di tipu oleh sape ntah yg tipu tu kerana apa yg lebih sy cintai adalah NIqabis2 Fillah, para Mujaheedah Pejuang Agama Allah, Akhlak perilaku dan budi pekerti mulia wanita Muslimah.. Allahu Rabbi.. kerdilnya diri terasa.

- setahun da ayah sy di tipu project puluh2 ribu.. skrg msuk kes mahkamah tpi tetap bukan dpt sekarang duit tu sbb melibatkan jumlah project juta dan ayah tak pernah pun mberontak or marah2 or heboh2kan. n partner dia d syarikat pun dia tak pernah nk marah or bermusuh sbb sama2 teraniaya.. ikhtiar,selebihnya Allah yg uruskan. bukan terus marah2 sbb marah sifat syaitan. asif.

- hp sy pun pnah dulu baru beli 2 minggu pastu kena curi di surau..lagi best kan? pencuri gi surau..huu mula2 mmg mara tpi lama2 rasa tu mgkin sbb kesilapan sy sendiri..ujian Allah.. bukannya family sy dibunuh,rumah dirampas,saudara2 dirogol,dipaksa murtad,dipenjara,di usir dari kg halaman sperti yg jadi di PALESTIN n SYRIA tu..rasanya mereka tak salah pape pun smpai di buat begitu oleh rejim ZIONIS n rejim BASYAR..sebagai peringatan bersama.. maaf. sy hnya hamba Allah yg rasa terpanggil utk menegur sblum merebak penyakit hati yg xtau smpai bila.. taknak la nanti Saat AJAL menjemput, hati kita bersifat MAZMUMAH..

SEBAIK-BAIK PAKAIAN ADALAH PAKAIAN TAQWA!
Cukuplah ALLAH untuk Hidupku dan Matiku.. ♥

INI SERUAN JIHAD.. JIHAD MELAWAN NAFSU !

MAAFKAN KAMI GAZA & SYRIA - USTAZ AZHAR IDRUS

IKRAR KAMI di sini... :')


Astargfirullah wa atubu Ilaihi (3x)

Ya Allah...
Sesungguhnya aku berjanji kepada Mu
Untuk selalu taat kepada Mu
dan meninggalkan maksiat kepada Mu
selalu mencintai Pemimpin ku
dan saudaraku sesama hamba Mu
Ya Allah...
sesungguhnya aku berjanji 
utk selalu teguh memegang prinsip
berakhlak dengan etika agama selama aku hidup
aku berjanji...
untuk memikul penderitaan demi memenangkan prinsipku
ikhlas bagi Mu dalam semua perbuatanku
aku berjanji utk meneladani sunnah Nabi S.a.w
dalam perkataan, perbuatan, perilaku ku
dan mencintai Allah, Rasul Nya serta pemimpin Islam
lebih dari cintaku kepada diriku
dan kedua orang tuaku dan manusia seluruhnya...
selawat dan salam tercurah ke hadrat Nabi Muhammad S.a.w,
keluarga dan sahabatnya...

ALLAHU AKBAR !!!


Monday, December 03, 2012

selamat hari raya ^_^

"مَنْ كَانَ سَيَلْقَي فِي الْمَوْتِ الْحَبِيْبَ فَالْمَوْتُ عِيْدًا لَهُ

Barang siapa menjadikan kematiannya sebagai
pertemuan dengan Sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya

Al-Habib 'Umar bin hafidz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...