Wednesday, December 29, 2010

PENGUMPAT ??

Pengumpat Tidak Tahan Diumpat

Orang yang selalu mengata orang
biasanya dia tidak tahan dikata orang
Orang yang selalu mengumpat orang
biasanya tidak suka diumpat orang
Walaupun dia selalu mengata dan mengumpat orang
dia tidak tahan diumpat dan dikata, jiwanya menderita
Jiwanya sangat gelisah jika dia dikata dan diumpat
Biasa juga orang yang tidak suka mengata dan mengumpat,
dia tidak begitu sedih dan tidak susah hati
jika dia dikata dan diumpat
Orang yang tidak suka mengata dan mengumpat
biasanya dia terlalu memikirkan dirinya sendiri
Dia merasakan dirinya juga
sering membuat kesalahan dan kesilapan
Kerana itulah dia tidak minat
hendak mengata dan mengumpat orang
Kalau dia dikata dan diumpat orang,
dia tidak begitu terasa apa-apa
Bahkan mungkin hati kecilnya berkata
patut dia dikata,
kerana dia manusia yang lemah juga
Dengan umpatan orang itu
dia bertambah lagi membaiki diri
Lantaran itulah dia tidak bertindak balas
di atas kejahatan orang itu
Begitulah seterusnya orang yang sombong,
pantang orang lain sombong dengannya
Kesombongan orang lain terhadap dirinya,
dia tidak sanggup menerima cabaran
Di sini baru kita faham,
orang yang nampaknya macam berani dan garang,
selalu sahaja mengumpat orang
dan sombong dengan orang
Sebenarnya jiwanya tidak kuat,
tidak mampu kena cabar
Di sebalik nampaknya garang
tersembunyi sifat penakut dan pengecut
Tapi orang yang tenang,
tidak nampaknya riuh-rendah
sebenarnya jiwanya kuat
Di sebalik ketenangannya tersembunyi keberanian
dan ketahanan jiwanya
Kerana itulah orang seumpama ini sabarnya luar biasa
Mampu menerima berbagai-bagai ujian dan kesabaran


MENDIDIK FITRAH

BAGAIMANA MENDIDIK MANUSIA AGAR SUBUR FITRAHNYA?


Mendidik manusia tidak cukup setakat menjaga fizikalnya sahaja dengan diberi makan minum yang cukup serta menjaga kesihatan yang rapi. Begitu juga tidak cukup diberi kenyang akal fikiran dengan ilmu pengetahuan, nanti kejahatan manusia lebih hebat dan pesat lagi dengan dibantu oleh ilmu itu. Apa yang lebih penting daripada segala-galanya itu ialah mendidik semula fitrah manusia.

BAGAIMANA MENDIDIK FITRAH MANUSIA?

Jiwa manusia hendaklah dibangunkan semula secara serius iaitu suburkan kembali dengan iman, dengan takutkan Allah yang Maha Agung, tanamkan semula rasa kebesaran Allah di dalam hati manusia. Semarakkan semula sifat-sifat baik yang sedia ada dalam diri manusia. Bangunkan jiwa itu rasa benci dengan kekufuran dan kejahatan serta kezaliman. Suburkan semula sifat-sifat terpuji (mahmudah) yang Allah Taala telah bekalkan itu. Juga bangkitkan semula rasa benci dengan sifat-sifat yang hina (mazmumah) yang juga Allah Taala telah bekalkan di dalam diri manusia. Suburkan rasa tauhid atau rasa bertuhan di dalam hati atau jiwa manusia agar secara automatik rasa kehambaan itu akan subur di dalam jiwa manusia. Maka akan tumbuh subur rasa merendah diri, bersemarak semula rasa cinta kepada Tuhan dan sesama manusia. Dan juga sifat-sifat yang terpuji akan bertapak semula di dalam jiwa manusia.

Apabila hati atau jiwa atau hati nurani manusia telah terdidik iaitu kembali kepada fitrah semula jadinya ertinya raja di dalam diri manusia telah terdidik menjadi baik. Apabila raja di dalam diri manusia menjadi baik, maka ilmu pengetahuan yang memenuhi akal akan ditundukkan kepada kebaikan dan segala anggota lahir (jawarih) akan dikerahkan kepada mentaati Tuhan dan membuat baik kepada seluruh manusia. Tapi apa yang akan terjadi apabila raja di dalam diri tidak terdidik, yakni raja di dalam diri manusia menjadi jahat? Apabila raja di dalam diri manusia menjadi jahat maka raja diri yang jahat akan menggunakan kekuatan ilmu dan mengarahkan anggota lahir (jawarih) mencetuskan berbagai bentuk kejahatan. Itulah yang terjadi pada hari ini, manusia di dunia ini telah melakukan kejahatan menggunakan teknologi tinggi, mencuri duit bank menggunakan komputer, menyebarkan bahan-bahan lucah menggunakan internet dan lain-lain lagi.

Belajar Melalui Rasa Hati. Kalau jiwa manusia itu sentiasa hidup Dan hati manusia itu sentiasa jaga, Manusia boleh belajar dengan rasa hati, Itulah yang dikatakan fitrah semula jadi Cuma Islam itu menguatkannya sahaja. Saya bawa beberapa contoh: Setiap jiwa manusia ingin disayangi, Kalau begitu dia tentulah akan menyayangi manusia lain Kerana kemahuan manusia itu sama Setiap insan suka kalau orang pemurah dengannya Itukan menyedarkan kita bahawa kita juga patut pemurah dengan manusia.

Kemahuan manusia itu serupa Manusia itu suka ia ditolong terutama di masa susah, Perasaan itu sebenarnya mengajar kita, kita juga patut menolong orang lain Kerana kehidupan manusia itu sama sahaja Setiap jiwa suka kalau dia diberi kemaafan Itu memberitahu kita, sepatutnya kita juga memberi kemaafan kepada orang lain Kerana perasaan manusia itu adalah sama Setiap insan suka kalau dia diberi keadilan Ia menyedarkan bahawa setiap orang patut menegakkan keadilan kepada manusia. Setiap orang tidak suka kalau dia difitnah, dizalimi dan disusahkannya Kalau begitu setiap manusia tidak akan memfitnah, menzalimi dan menyusahkan orang lain.

Tapi realiti di dalam kehidupan manusia tidak jadi begitu Kerana hidup manusia itu sama Setiap orang itu hanya suka kalau diadiberi kasih sayang dan diberi perhatian Dia suka dibantu, ditolong, diberi keadilan Tapi dia sendiri tidak mahu melakukannya Dia suka tidak diganggu, difitnah, dizalimi dan disusahkan Tapi dia suka menimpakan kesusahan kepada orang lain Mengapa terjadi begitu? Kerana jiwa manusia sudah buta dan terlalu mementingkan diri

Manusia yang sudah lupa atau telah lalai dengan peringatan-peringatan itu sama ada peringatan semula jadi mahupun peringatan dari Islam, mereka tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Jangan dibiarkan manusia menderita dengan sifat-sifat atau tabiat jahat yang menguasai diri dan kehidupan. Di sinilah kewajipan para pemimpin, guru-guru, ibu bapa serta pejuang dan pendakwah agar tampil mendidik manusia.

BAGAIMANA MENDIDIK MANUSIA?

PERINGATAN DALAM DIRI MANUSIA

DALAM DIRI MANUSIA SUDAH ADA ASAS-ASAS PERINGATAN
Antara keistimewaan manusia yang Allah Taala bekalkan semula jadinya ialah di dalam diri manusia itu sudah tersedia asas-asas peringatan. Sama ada peringatan-peringatan yang positif mahupun yang negatif. Yang dimaksudkan peringatan-peringatan itu di antaranya yang positif ialah:
1. Manusia suka dikasihi atau dicintai.
2. Suka diberi pertolongan.
3. Suka diberi simpati.
4. Suka diziarahi.
5. Suka diberi ilmu.
6. Suka diberitahu.
7. Suka dijamu.
8. Suka diberi hadiah.
9. Suka diberi maaf.
10. Suka tidak diganggu dan lain-lain lagi.

Antara yang negatif ialah:
1. Tidak suka dibenci.
2. Tidak suka dicaci.
3. Tidak suka diganggu.
4. Tidak suka dimarahi.
5. Tidak suka diberi malu.
6. Tidak suka disusahi.
7. Tidak suka dibiarkan susah.
8. Tidak suka tidak dipeduli.
9. Tidak suka tidak ditolong.
10. Tidak suka orang sombong kepadanya.
11. Tidak suka barangan dirampas atau dicuri.
12. Tidak suka dizalimi.

Selain itu yang paling asas ialah rasa bertuhan sudah sedia ada di dalam hati manusia. Cuma Tuhan itu bagaimana, itu sahaja yang mereka tidak tahu. Apa yang disebutkan di atas, itulah dia fitrah semula jadi manusia atau gharizah atau naluri semula jadi. Ia dibekalkan oleh Allah bersama tubuh lahirnya. Inilah yang kita maksudkan peringatan Allah Taala yang telah dibekalkan di dalam diri manusia. Firman Allah SWT: Maksudnya:

“Tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
(Ar Rum: 30)

PERINGATAN ITU MANUSIA TIDAK JADIKAN PERINGATAN
Sepatutnya manusia menjadikan asas-asas peringatan itu sebagai peringatan di dalam kehidupan mereka kerana fitrah semula jadi manusia itu sama saja. Yakni apa yang disukai oleh seseorang, itu jugalah yang disukai oleh orang lain. Apa yang tidak disukai seseorang itu, itulah juga yang tidak disukai oleh orang lain. Ertinya asas-asas agama Islam itu sudah Allah Taala bekalkan di dalam diri manusia iaitu rasa bertuhan, apa-apa yang disukai dan apa-apa yang tidak disukai. Apa yang dilarang dan apa yang tidak dilarang. Apa yang digemari dan apa yang tidak digemari. Semuanya sudah sedia ada. Maksudnya:

“Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, tidaklah mereka menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.”
(Al Furqan: 73)

Maksudnya:
“Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri.”
(At Taubah: 36)

Maksudnya:
“(Yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari Kiamat dengan kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina.”
(Al Furqan: 69)

Maksudnya:
“Kecuali mereka yang bertaubat beriman dan mengerjakan amalan soleh, kejahatan mereka Allah gantikan dengan kebajikan. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al Furqan: 70)

Oleh kerana fitrah semula jadi manusia itu Allah Taala telah bekalkan rasa bertuhan, apa yang disukai dan apa yang dibenci, maka lantaran itulah agama Islam itu dikatakan agama fitrah. Yakni, apa yang diperintahkan oleh Islam dan apa yang dilarang dan apa yang disukai serta apa yang dibenci oleh Islam, ia sesuai dengan fitrah semula jadi manusia. Sama ada yang lahir mahupun yang batin. Kehendak-kehendak Islam itu tidak bercanggah dengan fitrah semula jadi manusia. Islam datang hanya memperluas, memantapkan dan memberitahu cara-cara membuat baik dan cara-cara jangan membuat jahat, mengesahkannya serta memperkatakan ada setengah-setengah hal dari perkara-perkara yang tidak boleh dijangkau oleh akal seperti hal-hal kerohanian dan alam ghaib serta mengenai Tuhan dan ketuhanan.

Berdasarkan fitrah semula jadi ini sepatutnya manusia mengambil ingatan bahawa apa yang dia suka, sepatutnya itu jugalah yang diberi kesukaan kepada orang lain. Apa yang dia tidak suka, itu juga yang sepatutnya dia tidak lakukan kepada orang lain. Lebih-lebih lagi datang Islam mendorong, menyuburkan, mengingatkan serta menguatkan lagi dengan busyra dengan Syurga dan tanzir dengan Neraka. Ini supaya mengingatkan lagi kepada manusia agar apa yang dia suka, dia mesti lakukan kepada manusia lain. Apa yang dia tidak suka dia tidak akan lakukan kepada manusia lain agar manusia hidup aman damai dan harmoni.

Tetapi apa yang berlaku kepada umum manusia atau secara majoritinya, apa yang dia suka maka dia suka kalau orang boleh lakukan padanya, tetapi dia tidak suka lakukan kepada orang lain. Begitu juga sebaliknya apa yang dia tidak suka, dia tidak suka kalau orang lain melakukan kepadanya, tapi apa yang dia tidak suka itu, dia suka pula menimpakannya kepada orang lain. Maka justeru itulah timbul perselisihan, perbalahan, permusuhan dan peperangan di kalangan manusia. Akibatnya tiada
siapa yang susah melainkan manusia itu sendiri yang mendapat kesusahan.

MENGAPA TIDAK MENGAMBIL PERINGATAN?

Firman Allah SWT: Maksudnya:

“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untukmu apa yang di langit dan di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-nikmat-Nya lahir dan batin.”
(Luqman: 20)

Mengapa manusia tidak mahu mengambil peringatan? Padahal manusia mendapat dua peringatan, iaitu pertamanya peringatan yang semula jadi. Yang kedua pula, kedatangan ajaran Islam. Ini menunjukkan bahawa nafsu manusia itu di antara sifatnya sangat mementingkan diri, didorong pula oleh syaitan yang sentiasa menghasut manusia agar manusia lupa dengan peringatan sama ada peringatan semula jadi mahupun peringatan daripada Allah Taala.

Oleh kerana sifatnya yang sangat mementingkan diri itu, setiap orang suka kalau kebaikan dan kesenangan itu berlonggok dan bertompok pada dirinya sahaja, tapi kepada orang lain biarlah berlonggok dan bertompok pula berbagai-bagai macam kesusahan dan masalah. Padahal apabila kita mementingkan diri sendiri dan menimpakan berbagai-bagai kesusahan dan masalah kepada orang lain atau membiarkan berbagai-bagai masalah berlaku kepada orang lain, orang lain akan membenci, marah dan bertindak kepada orang lain. Akhirnya apa yang akan terjadi ialah orang yang susah menimpakan kesusahan kepada orang lain kerana sakit hati, maka orang yang senang tadi mendapat kesusahan pula. Akibatnya orang yang senang tadi akhirnya senasib dengan orang yang susah. Mereka mendapat kesusahan juga. Cuma kesusahan itu bentuk dan sifatnya sahaja tidak sama. Namun sama-sama mendapat kesusahan kerana tidak mengambil peringatan tadi. Sama ada peringatan semula jadi mahupun peringatan dari Allah Taala.

11 Tanda-Tanda Kebahagiaan

 

http://www.moveed.com/data/media/189/CB103603.jpg
  1. Menjauhkan diri dari urusan dunia yang tidak memberi manfaat Akhirat dan suka kepada urusan Akhirat.
  2. Sangat berminat membaca Al-Quran dan beribadat kepada Allah SWT.
  3. Tidak bercakap dengan perkara yang tidak memberi faedah.
  4. Memelihara solat 5 waktu.
  5. Menjaga diri daripada perkara haram dan fitnah.
  6. Bersahabat dengan mereka yang melakukan kebajikan.
  7. Merendah diri dan tidak takabbur.
  8. Bersifat dermawan dan bersifat mulia.
  9. Mempunyai  perasaan belas kasihan sesama makhluk Allah S#T.
  10. Membuat jasa dan bakti kepada orang lain.
  11. Sentiasa mengingati mati.
1001 Feqh Nasihah, m/s : 14.

11 Tanda-Tanda Kesengsaraan

 

http://www.moveed.com/data/media/189/CB067350.jpg
  1. Tamak terhadap harta benda dunia.
  2. Keinginan kuat kepada nafsu syahwat dan kenikmatan dunia.
  3. Gemar bercakap perkara yang tidak memberi faedah dan suka membuat fitnah.
  4. Mengambil mudah solat lima waktu.
  5. Bersubahat dengan orang-orang jahat.
  6. Berperangai buruk.
  7. Sombong dan suka membangga diri.
  8. Tidak suka menolong orang lain.
  9. Sedikit rasa kasih sayang terhadap orang-orang beriman.
  10. Bakhil dan kedekut.
  11. Lupa kepada mati.
1001 Feqh Nasihah, m/s : 15.

Monday, December 27, 2010

saya dah delete..maaf..

mood - hmm...nk merepek kejap
venue - studio AAD kaed
time   - 5.56pm
title   - macam kat atas
nama - ??
matris no - ??
(bajet buat assignment)


ok...merujuk pada perkara di atas...sy dah delete...maaf...tu tajuk kita pada hari ini ya murid2 semua...saya dah delete...utk pendeletan beberapa post sy...smalam sy delete...kih2...kalau ade yg prasan la...=P maaf...utk org yg nk skoden sy dlm blog nih...haaa padan muke korg...sy da delete da post2 yg ade gmba sy xpakai niqab..haaa...skurg2nya sy da mnyorok..kalaw kamu2 still lg nk cari gak gmba2 sy xpakai niqab, terserah kamu la..suke hati kamu..sy xnk tanggung...kui3...sy delete post2 yg bkaitan ngan sy n yg mgkin mnimbulkan fitnah pada diri saya...dulu sy wat post tu sbb sy xletak button follow kt blog sy..atas pmintaan shabat sy,sy letaklah....tp xsgka pulak lain jadiknyer...huhuuu pnciptaan blog nih sbenar2nya adalah hanya utk pembacaan sy sendiri...utk pnambahan ilmu2 yg bguna utk dunia akhirat sy...tapi...disamping itu juga..sy nak kongsi ngan shbat2 yg mahu bjuang n bhijrah bersama sy..sy da nampak da shbat2 sy tu semua yg mana btol2 ada ngan sy...kikiki...tenkiu sumer..uhibbukum fillah..=)) lagi satu...blog nih..kalaw kamu perasaan, semua post2 entri2 banyak yg saya kopi paste jer..sebab?? ini adalah kerana saya masih tidak layak utk mgajar org atau bdakwah dgn cara sy sdri..sy bukannya ustazah...sy ni masih belajar,..hihihiii =) cukuplah sy hanya mnyampaikan mlalui penulisan2 org lain yg nyatanya dari sumber2 yg boleh dipercayai kesohihannya...sebab sy nk letak post2 yg fakta jer lam blog sy nih..yg auta sy xbminat..kikiki...sebab apa sy xmnulis macam blogger2 lain??? maksudnya disini ialah...tulis pasal kehidupan seharian sendiri....for example la..arini wat ape..esok watpe..arini g mana..makan ape..deting ngn sape..kapel ngn sape skrg...beli tudung kat mane..nk anak brape org...cantik x muke arini..pakwe hensem ke x...bila clash..raya pakai baju kaler ape..beli maskara kt parkson..makin gemok ke...sape musuh baru...skandal ataupun sandal baru and etc..haaaaa...knape?? sebabnya....sy nih xnak cerita pasal sy..ramai tuh org2 skoden...xelok mdedahkan diri...dulu mungkinlah sy nih masih jahil...sumer mende nk gitaw org...tp skrg ni..biarla hanya DIA yg mngenal sy...kikiki lgpon sy ade diari sy sndirik..buat ape sy nk merepek2 dalam blog kalaw sy boleh simpan isi hati sy sendri?? btol x kawan2 semua? lg satu kan..pnah dgr x hadis?? yg dosa yg xdiampunkan adalah dosa2 orang yg mendedahkan diri..keaiban diri sndiri...pada org lain...hmmm....jd ape beza org yg crita aktiviti die hari2 dlm blog?? motif apakah mereka?? any komen?? hishh..sy takutla...jd biarla..sy sorg2 gini...heeee =)ok  moga kemerepekan sy pada petang ini ade pngajarannya pada kita semua...kalau kamu org2 yg berfikir...fikir dgn aqal yg tajam...hehe selamat sejahtera semua oram...moga Allah sentiasa ada di hati kita semua...melindungi dan memelihara...sy syg Pencipta sy,...ok..tata semua,.assalamualaikum..=))

Sunday, December 26, 2010

Jika Aku Jatuh Cinta....

by Cahaya Nur


 ya ALLAH jika aku jatuh cinta...

cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU....
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU....

ya MUHAIMIN jika aku jatuh hati..

izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU...
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu....

ya RABBANA jika aku jatuh hati...

jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMU...

ya ROBBUL IZZATI jika aku rindu....

rindukanlah aku pada seseorang yang merindu syahid di jalanmu...

ya ALLAH aku menikmati cinta kekasihMU...

janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU...

ya ALLAH jika kau halalkan aku merindui kekasihMU...

jangan biarkan aku melampaui batas sehinggakan aku melupakan
pada cinta hakiki dan rindu abadi...

hanya kepadaMU...

amin......




BABI dan BARANG2

by Humam Bin Halim on Thursday, October 21, 2010 at 7:28pm
for everyone!!

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA. PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

(no: 12 tu baca bebetul...wallahua'lam).
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly

 SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

<span>              </span>-----------------------------------------------------------------------------------
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.

TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know........ I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

TOP URGENT......

PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS...

Forward this to your pork-free muslim friends.

Beware of what you eat!!
P/S: moga Allah mngampunkan dosaku termakan atau tpakai apa yg haram tanpa sengaja..huk2...sumer yg jual kejam!

Tuesday, December 21, 2010

~~ terasa terlalu dekat....=,) ~~

Thank You Allah !! =,)

By: Maher Zain


I was so far from you....
Yet to me you were always so close...
I wandered lost in the dark...
I closed my eyes toward the signs....
You put in my way...
I walked everyday...
Further and further away from you....

Ooooo Allah, you brought me home...
I thank You with every breath I take.....=,)
Alhamdulillah, Elhamdulillah.....
All praises to Allah, All praises to Allah.....
Alhamdulillah, Elhamdulillah.....
All praises to Allah, All praises to Allah.....


I never thought about....
All the things you have given to me.....=,)
I never thanked you once.......
I was too proud to see the truth.....

And prostrate to you....
Until I took the first step....
And that’s when you opened the doors for me....


Now Allah, I realized what I was missing...
By being far from you.....


Alhamdulillah, Elhamdulillah...
All praises to Allah, All praises to Allah...
Alhamdulillah, Elhamdulillah....
All praises to Allah, All praises to Allah.....


Allah, I wanna thank You !
I wanna thank you for all the things that you’ve done....

You’ve done for me through all my years I’ve been lost....
You guided me from all the ways that were wrong.....
And did you give me hope.....=,)


O Allah, I wanna thank you....=,)
I wanna thank You for all the things that you’ve done...
You’ve done for me through all my years I’ve been lost....
You guided me from all the ways that were wrong....
I wanna thank You for bringing me home....


Alhamdulillah, Elhamdulillah....
All praises to Allah, All praises to Allah....
Alhamdulillah, Elhamdulillah....
All praises to Allah, All praises to Allah.....



Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009




sedih.....alhamdulillah....terima kasih....=,)
 

konflik dalaman seorg aku~

hmm...

MOOD - ko! macam2 ade...
venue - studio AAD.kaed.iium
time - as stated above...
date - ''

konflik dalaman....
...........................................
.........................

ape aku ni? hmm...saje2 berkonflik dgn diri sendiri....
kamu pernah? aku selalu je mcm nih..huhuuu
tiba2 rasa sumthing missing...huk2...
mainan perasaan....
manusia...
lemah...
........................
...............


aku lemah....
mangsa monolog dalaman...
konflik dgn minda n iq sdri...
hati....aqal....nafsu.....nk ikut yg mane?
kamu ikut yg mane?
aku ikut semua..hahahaa
so skrg jd merem...ting tong...

ish...ckp sesorg...
hmm...lagi ape?
xde ape dah la...saje je nih...
bosan kt studio..hehehe....tgh serabut ngn keje...
thesis...degree project...practical training report....bla bla bla....
....................
...............................
................................


YA ALLAH CEPATKANLAH PEREDARAN MASA.....
AGAR AKU DAPAT TENANG...
AGAR AKU BISA BERNAFAS DENGAN SENANG...
LENANGKAN AKALKU...YA ALLAH...
HANYA PADAMU AKU MEMOHON....MEMINTA....MENGADU....
JAUHI DIRIKU DARI PERASAAN JIWA YG MERESAHKAN HATI NURANIKU...
JANGANLAH KAU BIARKAN HATIKU KOSONG...
KERNA SYAITAN DAN IBLIS AKAN MENGISINYA....
ISIKANLAH JIWAKU DGN CINTAMU....AGAR AKU MAMPU TABAH....
PANDULAH PERJALANAN HIDUPKU...
AGAR AKU SENTIASA DALAM REDHAMU....
KASIHSAYANGMU...
CINTAMU...



.....................
.....................
.......................

aku merayu.........
bawa pergi semua....
pergila...
aku lemah...


hilangkanlah!
YA ALLAH...hilangkanlah!
hilangkanlah keresahan n duka dalam jiwa ku....
KAU MAHA BERKUASA....
aku mohon...
hilangkanlah!
bantu aku, YA ALLAH...hilangkan.....hilangkan.....hilangkan......


dan hilang....................

...........................................................
...............................................................................

Monday, December 20, 2010

JADIKAN AKU PENCINTA KITABULLAH!

Bingkisan Istimewa untuk Saudariku yang Berkeinginan dan Berusaha Menjadi Pecinta Kitabullah

Posted in - muslim.or.id
Penyusun: Ummu Rumman
Muraja’ah: Ustadz Abu Salman

Kembalilah pada Kitabullah, Al Qur’an Al-Karim

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya Al Qur’an ini memberikan petunjuk pada (jalan) yang lebih lurus.” (QS. Al Isra’ 9)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian Kitabullah, yang jika kalian berpegang teguh dengannya, maka kalian tidak akan tersesat.” (HR. Muslim dan At-Turmudzi)
Allah telah menurunkan Al-Qur’an untuk diimani, dipelajari, dibaca, ditadabburi, diamalkan, dijadikan sandaran hukum, dijadikan rujukan dan untuk dijadikan obat dari berbagai penyakit dan kotoran hati serta untuk hikmah-hikmah lain yang Allah kehendaki dari penurunannya. Ukhty, pahamilah hal ini…

Selamatkanlah dirimu dengan bertaqwa kepada Allah. Tanamkanlah kemauan yang keras untuk mengambil manfaat dari Al Qur’an dalam segala hal yang memungkinkan. Demi Allah, semakin engkau berusaha mendekatinya, merenungi dan men-tadabburi, maka semakin banyak kebaikan yang akan engkau dapatkan.

Perbaguslah dan Perbanyaklah dalam Membacanya

Adapun membacanya, maka itu disyari’atkan dan disunnahkan memperbanyak membacanya serta mengkhatamkannya sebulan sekali, namun ini tidak wajib. Seandainya engkau bisa mengkhatamkannya kurang dari sebulan lakukanlah karena itu lebih bagus, akan tetapi jangan sampai kurang dari 3 hari.

Ukhty, Tidakkah Engkau Menginginkan Pahala yang Banyak dari Rabbmu ?

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Orang yang membaca Al Qur’an sementara dia mahir, maka dia bersama malaikat para penulis, yang mulia lagi berbakti, dan orang yang membaca Al Qur’an dan terbata-bata membacanya karena hal itu sulit baginya, maka dia mendapat dua pahala.” (Muttafaq ‘alaih)
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengangkat derajat banyak kaum dengan Al Qur’an dan menghinakan yang lain dengannya pula. Maka apa yang sudah kita usahakan agar derajat kita terangkat di sisi Allah. Menginginkan suatu hal takkan ada artinya kecuali kita bangkit dan bertindak untuk mencapai yang kita inginkan.

Raihlah Derajat Tinggi di Surga dengan Menghafalnya

Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akan dikatakan kepada penghafal Al-Qur’an jika dia telah memasuki surga: ‘Baca dan naiklah.’ Kemudian dia membaca dan naik bersama setiap ayat satu tingkatan. Sampai dia membaca ayat terakhir yang ia hafal.” (HR. Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Dalam lafadz Tirmidzi, akan dikatakan pada para penghafal Al-Qur’an: “Bacalah, naiklah, dan bacalah dengan tartil sebagaimana ketika di dunia kau selalu baca dengan tartil. Maka sesungguhnya tingkatan derajatmu pada ayat yang terakhir engkau baca.” (HR Tirmidzi)
Ummu Darda’ radhiyallahu ‘anha berkata, “Aku pernah bertanya kepada Aisyah rodhiyallahu ‘anha tentang penghafal Al Qur’an yang memasuki surga, apa keutamaannya jika dibandingkan dengan orang yang tidak menghafalnya. Aisyah radhiyallahu ‘anha menjawab, “Sesungguhnya tingkatan surganya adalah sejumlah ayat-ayat Al Qur’an. Maka tidak ada seorangpun yang melampaui derajat penghafal Al Qur’an di dalam surga.” (HR. Al-Baihaqi, Ibnu Abi Syaibah, dan Al Baghawi)

Ya ukhty, cobalah menghafal beberapa ayat Al Qur’an dan rasakan bagaimana iman akan mengalir di dalam kalbu. Nikmatilah ketenangan yang kau dapatkan setiap kali mengulangi bacaan tersebut. Betapa rindunya hati ini untuk mendengar lantunan ayat-ayat mengenai keindahan surga… dan kekerasan hati menjadi luluh ketika mendengar ayat akan kengerian neraka.

Sesungguhnya dengan menghafal Al-Qur’an, kita bisa menghitung derajat kita di dalam surga. Sesungguhnya dengan satu ayat kita akan bisa menaiki satu derajat. Maka, tidakkah kita ingin mencapai tingkat surga yang setinggi-tingginya. Janganlah memuaskan diri dengan ingin masuk surga derajat terendah. Berharaplah dan kejarlah surga derajat tertinggi…

Bingkisan Istimewa untuk Saudariku yang Berkeinginan dan Berusaha Menjadi Penghafal Al Qur’an

Ya ukhty, kini telah hadir keinginan untuk menghafalkan Kitabullah. Kita telah menanamkan semangat yang kuat, tapi seiiring berjalannya waktu kejemuan mulai melanda, kesibukan-kesibukan lain menghadang, menghafal Al Qur’an menjadi terasa sulit… maka bacalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ini, “Jagalah (hafalan) Al-Qur’an, demi Dzat yang jiwa saya ada tangan-Nya, sesungguhnya Al-Qur’an itu sangat cepat terlepas melebihi (lepasnya) unta dari ikatannya.” (Diriwayatkan Al-Bukhari dari hadits Abu Musa Radhiyallahu ‘anhu no. 5033, kitab Fadha’il Al-Qur’an bab 23, dan Imam Muslim juga dari Abu Musa no. 1/23-(791), kitab Shalat Al-Musafirin bab 33)

Bagaimanakah agar Ikatan Unta Tidak Terlepas ?

Tentulah dengan mengikatnya dengan kuat kemudian menjaganya. Ukhty, Al-Qur’an membutuhkan banyak-banyak mengulang dan membaca. Bila engkau telah hafal satu surat, maka seringlah membaca dan mengulang-ngulangnya sampai mantap dan kuat, jangan pindah ke surat lain, kecuali bila engkau sudah menghafalnya dengan mantap.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Qur’an untuk dijadikan pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran ?” (QS. Al-Qamar: 17)
Dan yang menentukan adalah kemauan orang dan ketulusan niatnya. Bila dia memiliki kemauan yang tulus dan keseriusan terhadap Al-Qur’an, maka Allah akan memudahkan dia untuk menghafalnya dan menjadikan Al-Qur’an itu mudah untuk dihafal.

Engkau bisa menambah hafalan di pagi hari setelah sholat Shubuh atau di waktu lain engkau lebih bisa berkonsentrasi. Lalu engkau bisa mengulangnya pada hari itu. Perlukah waktu khusus ukhty ? Tidak. Engkau bisa mengulanginya ketika engkau sholat, berjalan menuju kampus, atau ketika menunggu kedatangan temanmu. Engkau bisa membacanya di berbagai tempat dan waktu, asal engkau tetap menjaga adab-adabnya.

Ukhty, semoga Allah meluruskan niatku dan niatmu. Mohonlah kemudahan dari Allah. Katakanlah pada dirimu, sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan kesulitan yang dihadapi. Katakanlah, dagangan Allah itu teramat mahal. Takkan bisa kita dapatkan kecuali dengan kesungguhan, kerja keras dan kesabaran. Katakanlah, tak ada lagi kesulitan setelah masuk surga, dan tak ada kebahagiaan secuil pun di dalam neraka. Dan bukankah yang kita tuju adalah kebahagiaan abadi di dalam surga-Nya serta kenikmatan melihat wajah-Nya…

Ukhty Muslimah, Didiklah Anak-Anakmu untuk mencintai Al-Qur’an, serta Memperbanyak Membaca dan Menghafalnya

Ya ukhty, bingkisan terakhir untukmu… sesungguhnya orang yang menunjukkan kepada seseorang kebaikan maka akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya. Maka didik dan doronglah anak-anakmu untuk membaca, mentadabburi, serta menghafal Al Qur’an. Ketika engkau merasa jemu atau lelah dalam mengajar mereka, bayangkan balasan yang akan engkau dapatkan setiap kali anak-anakmu membaca Al-Qur’an. Semoga semua usahamu untuk mendidik mereka mendapat balasan yang lebih baik dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Kita memohon pada Allah agar ditolong dan dimudahkan dalam membaca, mempelajari dan menghafal, serta mengamalkan kandungan Kitabullah. Semoga Al Qur’an bisa menjadi pemberi syafa’at dan menolong kita di akhirat kelak. Dan kita berharap agar Allah tidak menjadikan Al Qur’an menjadi hujjah yang justru akan mencelakan kita di akhirat. Aamiin…

Sebuah nasehat terutama untuk diriku dan saudariku…

Alhamdullilaahiladzi bini’ matihi tatimmush shalihaat

Saturday, December 18, 2010

bila si DARA malu dgn DARAnya...

................................................................................................................................................................
kopi paste dari azzariyat.com
sebagai pngajaran pada diri aku sendiri utk lebih hati2 di masa depan...
................................................................................................................................................................

Anda cakna dengan apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang? Anda tahu seorang remaja sekitar tingkatan 3 meliwat seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang sedang bermain masak-masak? Anda tahu penyebaran rakaman aksi ghairah 2 beradik yang dirakam dari banyak sudut oleh pihak ketiga di Butterworth? Anda tidak percaya? Sila baca ini dan ini,beristighfarlah dan mari berfikir sejenak bersama saya bagi mencetus satu tindakan penyelesaian.

Sebelum kita berfikir jalan penyelesaiannya,jom sama-sama bayangkan apa yang akan berlaku di zaman cucu kita nanti.

Kalau sekarang,remaja lelaki dan perempuan berpegangan tangan,saling berpelukan itu dikatakan normal dan ibu bapa yang melarangnya dikatakan tidak sporting,anda rasa di zaman cucu kita nanti,adakah mereka setakat berpegangan tangan dan berpelukan erat?

Itu yang kita biasa nampak.

Suatu hari saya sedang menunggu sepupu saya di 7Eleven Taman Tun Dr.Ismail,Kuala Lumpur. Di sebelah 7E ada sebuah restoran dan kelihatan ada 1 pasangan sedang duduk di meja untuk 4 orang. Mata saya tertarik ke arah mereka yang kelihatan seperti sudah berkahwin. Tidak berapa lama,datang satu lagi pasangan mendekati pasangan tadi dan mereka…

Anda rasa apa yang mereka buat?

Ya,mereka saling bertukar ciuman,bukan ciuman pipi tetapi mulut ke mulut. Mungkin slogan asrama ‘barang kau barang aku,barang aku barang kau’ diamalkan oleh mereka. Teman lelaki A bercium dengan teman perempuan B dan sebaliknya dan mereka ketawa selepas itu.

Mungkin,di zaman anak cucu kita nanti,bukan setakat bercium,malah bertukar-tukar perempuan juga akan menjadi perkara biasa. Ibu bapa yang melarangnya akan ditentang keras,”menyekat kebebasan seorang anak” kata mereka.  Mungkin gadis-gadis di Malaysia suatu hari nanti akan malu jika masih ada dara pada umur 18 tahun seperti gadis-gadis Amerika sekarang. Atau mungkin,ibu bapa juga akan berasa malu jika anak perempuannya masih mempunyai dara pada umur 16 tahun?

Siapa dapat jamin perkara ini tidak akan berlaku?

Jika buka televisyen asyik perkara ghairah yang dipertontonkan,masakan kanak-kanak berumur 6 tahun tidak tahu bercium itu apa?

“Kami sudah melabelkan cerita-cerita yang mengandungi unsur-unsur seksual dengan label 18SX,kami tidak bersalah, yang bersalah adalah yang menontonnya,”hujah mereka.

Kalau yang menontonnya itu kanak-kanak berumur 6-10 tahun,masakan mereka dapat bezakan filem ini boleh tonton dan filem ini tidak boleh. Jangan katakan filem,kalau kita perhatikan iklan-iklan televisyen sekarang sudah cukup untuk meransang nafsu seseorang yang normal.  Cuba anda perhatikan iklan-iklan trailer filem yang akan ditayangkan di pawagan yang ditayangkan di televisyen,pasti ada aksi ghairah walaupun sedikit,tidakkah itu mampu meracuni fikiran kanak-kanak?

Sebut tentang kartun,Shin Chan dan Spongebob,dua-dua mempunyai unsur-unsur seks. Malah,kalau anda penggemar anime,anda mesti terjumpa adegan-adegan yang tidak elok dalam cerita tersebut. Memang telah tertulis had umur untuk menonton atau membacanya,persoalannya,adakah perkara itu dipatuhi oleh masyarakat?

Kalau jalan raya yang had laju 90km/j yang berpolis trafik pun dilanggar,inikan pula undang-undang tanpa pengawal? Tambah-tambah,yang disuruh ikut undang-undang itu kanak-kanak yang belum mumayyiz(boleh bezakan baik dan buruk)?

Sebelum kita tuding jari kepada ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut,lebih baik kita tanya diri kita dahulu;

“Sepanjang aku hidup 21 tahun ni,apakah sumbangan aku kepada masyarakat?Apakah sumbangan aku kepada ahli keluargaku? Pernah aku menegur adik kakak ku? Pernah aku mengimami mereka? Pernah aku ajak ahli keluarga ku solat bersama? Pernah aku pergi ke surau untuk solat berjemaah? Pernah aku terfikir aku akan mati dalam Islam atau kafir? Pernah?”

Ya,muhasabah diri kita dahulu. Adakah pernah kita memberi sumbangan ‘kesedaran’ kita ini kepada masyarakat? Saya yakin,rata-rata antara kita bila tengok pelajar tingakatan 5 sedang bermadu kasih,kita takkan berani menegur mereka. Rasa bersala ada dalam diri kita tapi kita sejukkan hati kita dengan alasan,”aku membencinya dalam hati,at least ada gak iman aku..” Padahal kita sedang ditipu syaitan.

Kita juga beralasan, “kalau takleh jadi garam yang memasinkan ikan,at least aku tak jadi langau yang membusukkan ikan” dan kita sekali lagi salah. Memang betul kalau tidak boleh membetulkan masyarakat,jangan jadi golongan yang rosak tapi bukan itu yang Islam mahu. Kalau begini cara Islam mahu,mengapa tidak Nabi teruskan saja uzlahnya di gua Hira’? Bukankah Nabi ketika itu tidak menjadi langau yang membusukkan ikan?

Tapi Nabi keluar juga,nak tak nak Nabi mesti jadi garam yang memasinkan ikan. Begitu juga kita,tidak boleh dengan hanya duduk berdiam di dalam rumah dan merungut, “masya Allah budak ni,kecik-kecik dah pandai buat macam ni.. Ish,apa nak jadi dengan mak ayah budak ni,tak jaga anak ke..”. Sebaliknya,keluarlah dengan cara masing-masing dan berdakwahlah.

Sebarkan hukum-hukum,undang-undang Islam kepada semua orang. Adik-beradik,ibu bapa,kawan-kawan dan semua orang. Dunia semakin sempit dan kita makin senang berhubung dengan kawan-kawan kita. Gunakan segala yang ada, YM,Facebook,Tweeter dan Skype untuk sebar dakwah.

Tapi ingat,ia bukan sekadar untuk memenuhi tanggungjawab kita sebagai khalifah yang wajib berdakwah tetapi berdakwahlah dengan bersungguh-sungguh kerana itu yang dibuat oleh Rasulullah. Rasulullah tidak berdakwah seperti lepas batuk di tangga,dengan harapan di akhirat kelak Rasulullah mampu berkata kepada Allah, “Ya Allah,aku dah berdakwah tapi dorang tak nak ikut,lantak diorang la..” Tapi Rasulullah berdakwah bersungguh-sungguh sehingga di akhirat nanti pun Rasulullah masih bimbangkan kita,wahai umat Islam sekalian.

Ayuh,jangan biarkan kerosakan remaja sekarang diwarisi anak-anak yang bakal lahir. Sedarkan semua orang bahawa di alam roh dulu kita semua telah berjanji bahawa hanya Allah Tuhan kita dan kita wajib menurut segala perintah dan kemahuan Nya. Jangan biarkan ideologi-ideologi baru menyerap masuk dalam minda kita. Bila bertemu perkara baru, cepat-cepatlah rujuk Al-Quran dan Hadis,moga di situ ada jawapannya.

,saya menyeru diri saya dan anda semua,jom amalkan,setiap pagi,sila tanya diri sendiri dan jawab dalam hati sendiri;
Siapa yang hidupkan aku?
Untuk apa aku dihidupkan?
Macamana aku mati?
Cukupkah amalanku untuk memasuki syurga Allah?
Di mana ahli keluarga ku ketika itu?

Friday, December 17, 2010

~10 ciri2 HIDAYAH dalam ALQURAN~

http://www.moveed.com/data/media/7/Picture0_11.jpg

1-Satu kewajipan pada Allah SWT yang perlu disempurnakan. Surah Al-Lail, ayat : 12.

2-Hidayah terdapat dimana-mana dan dapat menyelamatkan manusia. Surah Taha, ayat 10 dan 20.

3-Hidayah tidak akan diberi kepada kaum yang telah disesatkan. Surah An-Nahl, ayat : 37.

4-Hidayah daripada Allah SWT adalah amat benar. Surah Al-Baqarah, ayat : 120 dan Surah Ali Imran, ayat : 73.

5-Hidayah akan membawa ke Jalan Yang Lurus. Surah Al-Anam, ayat :87 dan 88.

6-Hidayah daripada Allah SWT memerlukan penjelasan daripada Allah SWT. Surah An-Nisa’, ayat : 115.

7-Hidayah akan mudah diterima jika tidak ada perkara yang menghalang. Surah Al-Kahfi, ayat : 57.

8-Orang yang mendapat hidayah akan bertambah ketaqwaan atau perasaan takut kepada Allah SWT. Surah  Muhammad, ayat : 17.

9-Hidayah tidak akan diberikan kepada mereka yang memiliki sifat zalim. Surah  Al-Qasas, ayat : 50.

10-Tidak semua manusia yang akan mendapat Hidayah daripada Allah SWT, hanya mereka yang dipilih oleh Allah SWT sahaja yang akan mendapat hidayah daripada Allah SWT. Surah Al-An’am, ayat : 35.



Membentuk Kecerdasan Daripada Al-Quran.    m/s : 121.

Wednesday, December 15, 2010

ALLAH lebih merindui kita drpd kita merinduiNYA~

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:

Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Allah Taala berfirman:
Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.

(Shahih Muslim No.4832)

KisAh seorang ninja girl (1)

Ninja girl – siti – bukan nama sebenar

Perjalanan kisah hidup seorang siti...penuh liku...onak...duri...cabaran...ujian.. halangan...sindiran... tohmahan..berhadapan dengan umpat keji makhluk2 yg berpenyakit hati di sekelilingnya...kata2 hinaan.. pujian bersulam ejekan...fitnah..tuduhan xberasas...semua itu sudah menjadi makanan santapan hariannya sejak hijrahnya...perubahan besar dlm hidupnya yg xpernah tersangka n terpikir...DARIPADA...seorng pemaksiat..hamba yg fasik..hidup tanpa pegangan agama..tanpa rasa diri dilihat ALLAH...hati yang gelap membeku dan terhijab...hitam...berdebu..kesat..membatu...mati.. penuh sifat2 keji dan hina..sombong..ujub diri..pantang ditegur..tabaruj..penggoyah iman kaum adam..pendendam..panas baran..degil..ego yg melampau..emosi..hasad..pemusuh..negatif...gelap... KEPADA...seorang hamba yang dhaif dan fakir..miskin...kecil lagi kerdil..hina...yg sentiasa menagih cinta,kasih,perhatian,hidayah,cahaya,belas kasihan, pngampunan dan ilmu2 daripada Penciptanya YANG AHAD...

Semangat-semangat dan kata-kata peransang dari makhluk2 yg bernama manusia..

‘’join al-qaeda ke skrg??’’..nada gurauan..dari awal siti sudah mengagak semua ni akan berlaku...
‘’eh macam ninja lah..hahaha!’’ mereka gelak..siti boleh terima..sbb family siti juga pernah berkata begitu...
‘’ni ikut trend ke ape ni?’’ nada bangga dalam gelak tawa..siti hnya diam dan berlalu...
‘’ala..nak jadi org arab la plak..’’ tanpa rasa bersalah mghina pakaian cth dari para aulia..gelak lagi..
‘’eh nape bleh jadi mcm ni?? ni sedar ke xsedar nih??’’ dlm nada seolah siti baru je ikut ayah pin..
‘’eh kenapa pakai macam ni? Nak kawin ngan ustad mane ni? “ nada yakin tekaannya btol..siti hanya mampu gelak kecil menahan hiba..
‘’ooohh..dia baru lepas kene tinggal ngan pakwe die la tuh’’ nada yg sgt yakin...siti buat2 pekak
‘’ade orang masuk mintak ni..sbb tu pakai camni.’’...juga yakin statement yg dibuat tepat..
''haaa...ni mesti jadi pape ni...hehe'' nada sinis berunsur fitnah...siti mngerti maksud ayat itu...diam lagi...
‘’knape pakai camni?? Pakwe alim ea?..’’ siti hnya terdiam...memekakkan telinga..sedih...
‘’kau da alim dah skrg?? Ish da xleh la gosip2 dh pasni..’’ nada tkejut n frust sbb xboleh gosip lagi...siti diam..buat2 gelak sorokkan tangis hatinya...
‘’ishhh...knape tutup abes?? Xsyok da la lpas ni..’’ nada frust kerana xdapat terus berimaginasi dan menjadikan siti kambing hitam... celaka!! binatang!! (hati siti bersuara).. sedih..kecewa..terhina..siti mengalihkan muka..tetap diamkan diri dan berlalu pergi...dalam masa sama siti bersyukur n ucapkan tahniah pada diri sendiri kerana misi nya telah tercapai..big clap!!
‘’ala..kau pakai camni..semua org tgk kau..publisiti la...’’ nada gurauan..sindiran..berbaur hasad..siti redha mdengar kata2 yg keluar dri temannya sdri..hati kecilnya menangis..langkah tetap diteruskan..
‘’ish..kau tarik perhatianla pakai mcm nih..’’ nada sinis bserta gelak2 kecil...lg dari teman tdekat..siti mnahan amarahnya..ingin saya dia berhujah..tp dia sedar..sabar itu lebih penting dan bernilai...dia merasai Allah sdg memerhati gerakgerinya...dia xmahu kalah lagi dgn setan...maka hnya gelak kecil mnyembunyikan rasa terkilannya d hati...
‘’eii...makin geram la aku tgk die pakai macam nih’’ nada geram n frust dari lelaki yang kurang pegangan agama.. tersepit...kalah dan tewas ditunggang nafsu sendiri..siti mendiamkan diri... pekakkan telinga...ingin sja sumpah seranah..tp..dia hnya diam...redha...
‘’tensionla aku die pakai mcm ni...da xnmpak die senyum ke marah..bukak la jap nk tgk..rindu’’ bodoh!! (terdetik dihati siti tanpa sengaja)..
‘’e ehhh sitiiii...’’ kata makhluk 1...mghampiri siti..tkejut n tersengih melihat wajah siti yg mbuka niqabnya ketika breakfast walaupun telah menyorok d tempat plg jauh dri org..”eh pegi la tgk siti tuh kt situ..heh2..” mngajak member...’’hhehehhe...’’ makhluk 2 tersengih dpt melihat wajah siti yg dah lame xdilihatnya..sambil memegang handset di tangan..chkecth! ”haahaha...nanti nak letak dalam fesbuk”...berlalu gembira dalam gelak tawa...siti menahan tangisnya...teruskan menjamah rezeki dariNya..sabar~...hatinya berseru...
‘’ishhh...susah ni nk tgk nih..hehehe..’’..makhluk 2 lagi...again...chkecth! bertambah lgi photo dlm handset si bodoh bangang tersebut...siti menahan amarah kerana saat itu dia baru selesai mgakhiri solat dgn salam...mengalir jua airmata nya...xdapat ditahan sebak rasa teraniaya..siti menyorokkan wajah n  tangisnya..ALLAH TEMPAT MENGADU...
‘’lpas ni da xleh jumpe dah...boleh la salam2 peluk2 cium pipi ngan siti...bukannya sentuh kulit pon...da lapik da kan semua..hahahaa..’’ gurauan bodoh lagi hina...siti hnya tergelak kecil menahan panas hatinya...lagi hatinya berseru...sabar~
‘‘lepas ni wanita2 kene pakai jubah n tutup muka je....hei, org yg berbalut tu la ramai dirogol skrng tau....lelaki dah puas melihat wanita separuh bogel sbb dh puas dilihat dr luaran...so fikirkan seadilnya.... rajin2la mengajar pengikut2 islam yg lemah itu...berbalut dalam jubah pun xde guna klu x dpt menyelamatkan pengikut2 yg lemah itu....lihatla dlm video ini..kenapa nk mengiklan wanita islam yg sngt suci itu...kurang ajaran kah mereka...seremeh mna lg ajaran ISLAM bg mereka... wahai wanita Islam, selamatkan la bangsa2mu..’’ kata2 seorg perempuan kafir bragama kristian yg mengkritik perempuan islam melayu dalam 1 video yg memuji kecantikan gadis melayu yg nyata tidak ade langsung ciri2 MUSLIMAH SEBENAR!..yang ni membuatkan siti rasa terhina dan malu lantas memulakan hujahnya menggunakan aqal fikirannya n pengetahuannya tntang agama ISLAM dan agama KRISTIAN...kerna dia pernah membaca bible untuk mengetahui penyelewengan yg dilakukan dalam bible..fakta2 yg diputarbelit dan berubah2...bahagian2 yang terbahagi dua untuk yahudi dan kristian...isi kandungan yg sama n sebaliknya dalam alquran n bible...dgn mnggunakan contoh2 n kisah2 paderi kristian n pope yg mninggalkan kristian n memeluk agama ISLAM....akhirnya..si kafir diam kelu membisu xterkata...siti sgt sedih selepas kjadian ni...kerana si kafir mghina semua wanita islam yg tidak menutup aurat dgn btol...fikirkan wahai muslimah sekalian...


Masih terngiang-ngiang di telinganya...suara-suara mereka...kata-kata mereka...manusia...
manusia kah?
siti masih mencari jawapan pada segala persoalannya....
Dalam detik n waktu yg berbeza....sahut-sahutan bertukar-tukar lidah...silih berganti...entah bila semuanya akan terhenti...mgkin dia perlu pergi untuk mengakhiri semua ini...
’terima kasih’..suara hati kecil nya merintih...airmata teman setia...sendu tangisnya terlindung di balik senyum dan tawa...dia masih berdiri....walaupun sendiri...
Hanya Allah tempat dia mengadu...hanya Allah yg memahami dirinya....hanya DIA...YA RAHMAN..

segala yg berlaku di terima dgn redha..perjalanan hidupnya tetap diteruskAn..walaupun terkadang terdetik di hatinya untuk mnyerah kalah...berputus asa..berpatah balik ke titik kehinaan sperti dulu kerana xsanggup mghadapi fitnah terbesar dlm hidupnya...pernah juga dia tewas oleh nafsu amarahnya kerana hati yang terlalu kecewa...tertekan..sedih..rasa teraniaya dan terhina... rapuh... kosong..hilang..hancur..semuanya musnah.. HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI. di saat hatinya goyah oleh perasaan yg bertentangan yg berebut2 untuk menguasai hati..dari nafsu yg memberontak dan aqal yg sentiasa ingin memimpin...dia tersepit...dan nyata di saat itu...syaitan menerajui.. iblis laknatullah..berjaya juga menguasai hatinya saat itu...segala yg terbuku di hati kecilnya dilontar dimuntahkan tanpa mngira dosa akibat tiap2 bait bicara yg dikeluarkan...detik itu...segala yg dijaga sepanjang hijrahnya terhapus...saat itu juga...istiqamah yang dipelihara hancur skelip mata...sifat amarah yang ditahan xmampu lagi dibendung..xmampu di tepis...maka berakhirlah sebuah perjuangan hati..noktah...pengakhiran yg melemahkan jiwa batinnya...memenangkan nafsu...syaitan bergelak ketawa...’’tahniah sahabat!’’ masih terdengar ucapan iblis ke telinganya...siti tetap redha...tekadnya..biarlah saat itu menjadi saat terakhir nafsunya berjaya..dia pasrah dan akur dgn ketentuanNya..dia percaya setiap yg berlaku adalah perjalanan takdirnya..Allah telah menetapkan segalanya...tanpa disedari...saat itu pengakhiran tahun...dan permulaan tahun baru hijrah...’’salam maal hijrah’’...ucapnya di hati kecil...pada diri sendri...selamat tinggal 5 disember...episod hidupnya baru saja bermula...........

~Tuhan Cinta Agungku~


Thursday, December 09, 2010

HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN - Malek Nor

HIJRAHLAH KEARAH KEBAIKAN ^_^
Mari kita hayati kisah MALEK NOR yang telah berhijrah ke arah kebaikan..
semoga kisah ini dapat menjadi sumber inspirasi dan dapat menaikkan semangat kita semua untuk berhijrah ke arah kebaikan...


insyaallah..Allahumma min ya latif...

-----------------------------------------------------

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

"Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku TANPA SAYA DUGA . Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

"Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

"Selepas berpusing-pusing MACAM ORANG GILA, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berWUDUK kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.

"Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara,Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

SUBHANALLAH....
SESUNGGUHNYA ALLAH ITU YA HADI...
MAHA PEMBERI HIDAYAH...


buang yang keruh,ambil yang jernih...
marilah sama-sama kite berhijrah ke arah kebaikan..
andai jatuh,bangkit kembali..

insyaallah..Allahumma amin ya latif...



sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6863.0

Wednesday, December 08, 2010

Jika Si Dia Bukan Milikmu

Setiap kali selepas solat, ada sepotong doa yang biasa dibaca yang bermaksud

“Ya Allah, hidupkanlah aku/kami di dalam iman dan matikanlah aku/kami di dalam iman dan masukkanlah aku/kami ke Jannah bersama iman.”

frustration.jpg
















Iman adalah penting. Pengeritan iman yang telah sedia kita ketahui adalah mempercayai kewujudan Allah yang Esa, kewujudan para malaikat sebagai para pegawai yang melaksanakan sistem tuhan, kewujudan kitab-kitab yang terdiri daripada firman-firman pencipta, kewujudan para Rasul sebagai utusan dan ketua manusia yang memberi peringatan dan amaran, juga mempercayai kewujudan Hari Kiamat, hari segala-galanya akan berakhir.
Namun, yang paling tidak dapat diterima ‘tanpa disedari’ oleh kebanyakkan orang adalah beriman dengan Qadak dan Qadar atau takdir.
Sebagai seorang Islam bergelar Muslim, kita harus memajukan diri kita menjadi seorang Mukmin. Perkataan Mukmin bermaksud orang yang beriman. Untuk menjadi seorang yang beriman, prinsip yang paling asas adalah mempercayai kesemua rukun iman yang di atas. Seterusnya mengikut garis panduan pada surah Al-Mukminun.


BERIMAN DENGAN TAKDIR


Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9,
“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

AMAL DAN TAKDIR

Amat penting untuk kita faham, hidup ini adalah untuk beramal bukan menentukan takdir. Kita akan dihidupkan semula dan disoal tentang amalan bukan apa yang pernah kita “capai”. Kita akan ditanya tentang “what did you do ? ” bukannya ” so… what’s the outcome? “.

Di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman
“Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. ”

Jelas sekali, manusia bebas beramal. Namun “final result” adalah hak Allah s.w.t.

Jadi tak perlu susah-susah, Ali r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda,
“Beramallah, setiap orang akan `dipermudahkan` seperti apa yang telah ditentukan.”
 Lalu beliau s.a.w membaca ayat 5-10 surah Al-Lail.

* Orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya),

* Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik

* Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesenangan (Syurga).

* Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya

* Serta ia mendustakan perkara yang baik

* Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;

{Riwayat Bukhari}


BUKAN USAHA TETAPI DOA


Sebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda
 ''Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik.''
{Riwayat Tirmizi, hassan gharib}

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39,
''Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitab''.

Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60,
''Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.''
Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.”
{Riwayat Muslim}

Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.

ANTARA PUTUS ASA DAN BERSERAH KEPADA TAKDIR
Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.
Semasa peperangan di Thaif, umat Islam telah mengepung kota Thaif. Ibnu Ishaq meriwayatkan Thaif telah dikepung selama 17 malam dan diserang dengan manjanik (senjata pelontar batu). Umat Islam terus menyerang dan menyerang namun tetap gagal. Lalu Nabi s.a.w bertindak untuk mengundur sahaja.
Abdullah bin Amru r.a melaporkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah mengepung penduduk Thaif tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dari pengepungannya tersebut. Seterusnya baginda bersabda: Insya Allah kita akan kembali ke Madinah. Para sahabat membantah: Mengapa kita harus kembali? Kita belum dapat menaklukinya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pergilah kamu berperang. Mereka pun mencubanya sehingga mereka mendapat kecederaan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Besok kita akan kembali. Para sahabat hairan dengan sabda baginda. Sementara itu Rasulullah s.a.w hanya tersenyum.

{Riwayat Muslim}

Itu adalah contoh perbezaan antara putus asa dan menerima ketentuanNya. Adakah nabi s.a.w berputus asa ? Atau beliau tunduk dengan takdir ?

KESIMPULANNYA


Perbanyakkan doa untuk kebaikkan.
Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul.
Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.
Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi.
Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman...

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun (Amalan para Solihin)

Sumber: JAKIM

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya

http://beliamuda.com/2009/12/doa-akhir-tahun-awal-tahun-hijrah/




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...